Harga Ikan Laga

Harga Ikan Laga Malaysia

Memelihara ikan hiasan jenis ikan laga kini menjadi trend popular bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Ikan ini mempunyai ciri yang unik iaitu pada bentuk ekor, bentuk badan dan juga variasi warna. Ini adalah antara faktor yang menjadikan ia sangat popular sebagai ikan hiasan air tawar.

Harga Ikan Laga Murah?

Disebabkan meningkatnya trend memelihara ikan laga ini menjadikan ramai peminat yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli ikan dan kelengkapan pemeliharaan. Bagi golongan atasan, mungkin tidak menjadi masalah, tapi bagi golongan biasa pastinya sentiasa memilih harga ikan laga murah untuk pilihan sebelum membeli.

Harga ikan laga sebenarnya bergantung kepada gred yang ditetapkan oleh penjual. Bagi jenis ikan laga yang siap grooming dan dibiak dengan baka yang cantik pasti mempunyai nilai yang tinggi berbanding yang lain. Waima, masih terdapat pilihan ikan laga yang murah dan mampu untuk dibeli dengan harga rendah.

Berikut adalah senarai harga ikan laga mengikut jenis: 

Ikan Laga Avatar :
RM400-RM7,000

Ikan Laga Candy & Koi :
RM70-RM150

Ikan Laga Candy Nemo :
RM50-RM150

Ikan Laga Candy Galaxy :
RM90-RM200

Ikan Laga Multicolor Galaxy :
RM80-RM400

Ikan Laga Star Tail Monkey :
RM80-RM450

Ikan Laga Dragon :
RM50-RM150

Ikan Laga Crowtail :
RM30-RM100

Ikan Laga Mustard Gas :
RM50-RM200

Ikan Laga Yellow Fancy :
RM60-RM190

Ikan Laga Dumbo :
RM40-RM150

Ikan Laga Super Gold :
RM70-RM200

Ikan Laga Samurai :
RM50-RM250

Ikan Laga Hellboy :
RM50-RM180

Ikan Laga Super Red :
RM50-RM100

Ikan Laga White Platinum:
RM60-RM150

Ikan Laga Cooper :
RM50-RM100

Ikan Laga Black :
RM50-RM100

Ikan Laga Wild Betta :
RM50-RM200

Ikan Laga Giant :
RM100-RM450

Ikan Laga Fccp :
RM20-RM350

Ikan Laga Half Moon :
RM5-RM80

Rujukan Yeh Betta Station Kulim

Ikan Laga Betina Mahal

Mengikut kajian kami, ikan laga betina untuk dijadikan induk mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Ini kerana untuk menghasilkan baka kacukan ikan laga yang terbaik untuk dijual, 80% bergantung kepada kualiti telur ikan laga yang dihasilkan oleh induk betina. Oleh sebab itu, tidak pelik jika ada yang menjual ikan laga betina yang siap ada telur dengan harga mencecah RM1000 ke atas @ mungkin lebih. 

Bagi peternak yang mempunyai pengalaman, walaupun dijual dengan harga yang tinggi tapi ia adalah satu pelaburan yang berbaloi kerana anak fry yang dihasilkan sangat bagus dan boleh dikacuk sehingga dua ke tiga generasi lagi.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Akhir Kata

Harga ikan laga ini agak berbeza mengikut gred samada baik atau tidak. Jika anda memelihara ikan laga hanya sebagai hobi masa lapang, membeli dengan harga sekitar bawah RM100 itu sudah baik. Namun bagi yang ingin membiak @ menghasilkan baka ikan laga yang bagus dan baik perlulah mengeluarkan modal lebih untuk membeli induk-induk yang berkualiti. Anda mungkin meminati Anti Klorin Untuk Ikan Laga

Scroll to Top
Scroll to Top