Ikan Laga Koi

Ikan Laga Koi Paling Popular

Di dalam industri peternakan ikan laga terdapat pelbagai jenis baka ikan laga yang terdapat di pasaran dunia. Antara baka ikan laga yang paling popular dan menjadi tarikan para peminat adalah jenis ikan laga koi. Di dalam artikel ini kami kongsikan segala info berkenaan jenis ikan laga koi. 

Apa Itu Ikan Laga Koi?

Ikan laga koi adalah nama yang diberikan kepada sejenis baka ikan laga yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Secara asasnya ciri-ciri ikan koi ini mempunyai warna yang berbintik hitam, oren dan merah sama seperti corak jenis ikan koi. Variasi ikan laga koi ini adalah hasil daripada kacukan beberapa jenis baka selama bertahun-tahun hinggalah menjadi variasi baka ikan laga betta koi sekarang. Mungkin ramai tidak tahu bahawa ikan laga beta koi ini boleh bertukar warna mengikut beberapa faktor seperti umur, tempat, dan makanan. 

Menurut kajian, ikan laga betta koi ini adalah hasil dari baka induk ikan laga kampung di kawasan asia tenggara yang telah melalui proses kacukan yang lama. Dalam kalangan jenis ikan laga koi itu sendiri akan terbahagi kepada beberapa jenis koi lagi berdasarkan jenis warnanya. Antaranya adalah

Ikan Laga Koi Galaxy

Ikan Laga Betta Koi Nemo

Ikan Laga Koi

Ikan Laga Betta Koi Avatar

Ikan Laga Betta Koi Multicolour

Ikan Laga Betta Fancy Koi

Ikan Laga Candy Koi

Ikan Laga Koi Tiger

Ikan Laga Koi

Ikan Laga Betta Koi Samurai

Jika diperhatikan jenis ikan laga koi di atas, secara dasarnya ikan laga jenis ini mempunyai berbezaan pada warna bintik pada badan dan variasi warna pada ekor. Kombinasi warna-warna yang cantik inilah yang menjadikan ikan laga koi ini diminati ramai. 

Perilaku Ikan Laga Koi 

Seperti juga ikan laga yang lain, ikan laga betta koi juga mempunyai sifat ganas dan karnivor, jadi untuk membela ikan laga koi anda haruslah menyediakan akuarium ikan laga yang betul dan sesuai dengan saiz ikan koi. Ikan laga betta koi ini mempunyai saiz yang kecil berbanding jenis lain iaitu antara 7.6 cm panjang sahaja. Selain dari ukuran yang kecil, ikan betta koi ini juga mempunyai ekor yang pendek berbanding baka ikan laga yang lain. 

Ikan laga koi ini juga mempunyai diet yang memerlukan kandungan protein yang tinggi untuk memenuhi nutrisi harian ikan ini. Pastikan anda menyediakan makanan ikan yang mempunyai kadar protein yang tinggi untuk ikan beta koi anda.

Penyakit Ikan Betta Koi

Walaupun ikan ini telah dikacuk dan dibiak baka dalam jangka masa yang lama, namun ia masih tidak lari daripada terkena penyakit berjangkit haiwan air. Antara penyakit ikan betta koi ini adalah penyakit fin rot. Walaubagaimanapun, penyakit ini boleh diubati dengan mengamalkan ubatan yang betul. 

Ikan betta koi ini juga harus dijaga dengan rapi bagi mengelakkan berlakunya sebarang jangkitan penyakit di dalam akuairum. Tidak seperti ikan laga kampung yang secara semula jadinya mempunyai daya tahan yang kuat, ikan laga kacukan ini lebih “manja” dan perlu dijaga dengan rapi di dalam rumah.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Akhir Kata

Ikan laga koi ini adalah salah satu baka ikan laga yang paling diminati dalam kalangan peminat ikan laga. Ini disebabkan ikan ini mempunyai corak warna sama seperti ikan koi yang menyerahkan lagi kecantikan pada badannya. Terdapat pelbagai jenis betta koi yang terhasil daripada kacukan ikan laga kampung. Diharap dengan artikel ini sedikit sebanyak membantu anda dalam pemilihan ikan betta koi anda. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top