Ikan Laga Giant

Ikan Laga Giant | Betta Paling Besar

Table of Contents

Ikan laga giant atau juga dikenali dengan panggilan ikan laga paling besar adalah antara variasi baka ikan betta yang terdapat dalam kalangan ikan hiasan air tawar. Walaupun kurang terkenal berbanding variasi-variasi lain, ikan laga giant ini juga mempunyai tarikan yang unik untuk penggemar ikan hiasan. Jom sama-sama saksikan info ikan laga paling besar ini.

Dikatakan jenis ikan laga besar ini datang daripada daerah Kalimantan indonesia, sesuai dengan namanya ikan laga ini mempunyai saiz yang besar berbanding jenis betta yang lain. Malah ada yang boleh membesar dua ke empat kali ganda daripada saiz normal ikan laga itu sendiri.

Macam Mana Ikan Laga Boleh Besar?

Yang pastinya ikan laga giant yang terdapat sekarang ini adalah hasil daripada kacukan yang bergenerasi, ikan laga saiz besar ini sangat sinonim dengan ikan laga jenis plakat. Anggaran saiz ikan laga plakat besar ini adalah antara 3 inci hingga 5 ke 7 inci. 

Dari segi jangka hayat pula ikan laga besar ini dikatakan lebih rendah kerana berisiko tinggi untuk jangkitan penyakit disebabkan imun badan yang rendah. Perbezaan yang ketara sekali adalah tumbesarannya yang lebih cepat berbanding jenis biasa. Ini menjadikan ikan laga giant ini memerlukan makanan 2 ke 3 kali ganda lebih makanan berbanding biasa.

Ikan Laga Giant
Ikan Laga Giant

Kredit Gambar Google

Ikan Laga Giant Agresif?

Ya, ikan laga saiz besar ini pastinya mempunyai sikap agresif sama seperti jenis biasa. Oleh sebab itu, pengasingkan daripada ikan laga lain perlu untuk mengelakkan daripada berlaga sesama sendiri, ditambah pula dengan saiz yang lebih besar menjadikan ia lebih dominan berbanding yang lain.

Kacukan Ikan Laga Giant

Disebabkan saiznya yang besar, ikan laga jenis ini hanya sesuai dikawinkan sejenis besar sahaja, iaitu jantan dan betina mesti daripada jenis giant juga. Tambahan, untuk membiak ikan laga besar ini juga memerlukan baka yang berkualiti bagi memastikan fry yang terhasil turut ada keunikan saiz “giant” itu sendiri.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link Promo Shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

Akhir Kata

Yang pastinya di Malaysia ikan laga besar ini agak kurang popular berbanding ikan laga paling mahal biasa yang lain. Ini kerana mungkin trend variasi warna dan ekor sahaja yang menjadi ikutan dalam kalangan peminat ikan betta. Namun pastinya ikan betta saiz besar ini pasti mempunyai keunikan terbaik untuk dijadikan ikan hiasan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top