Cara Membuat Makanan Ikan Laga

Cara Membuat Makanan Ikan Laga lebih Jimat Dan Mudah

Tidak dinafikan untuk menternak ikan laga memerlukan kos terutamanya untuk menyediakan makanan untuk ikan laga. Namun dengan kepakaran yang ada sebenarnya boleh untuk membuat makanan ikan laga sendiri. Terdapat banyak cara membuat makanan ikan laga yang boleh dicuba, untuk kali ini kami kongsikan perkongsian dari Youtube Channel Amirul Shahmi Azhari berkenaan cara membuat makanan ikan laga

Untuk membuat makanan ikan laga ini tidak sukar dan hanya memerlukan 2 bahan dan peralatan dapur sahaja.

DIY makanan ikan laga (Youtube Channel Amirul Shahmi Azhari)

Bahan-bahan

  • 4 biji kuning telur
  • Semangkuk kecil tepung gandum

Cara membuat makanan ikan laga

  1. Gaulkan adunan kuning telur bersama tepung gandum hingga sebati
  2. Jemurkan hingga kering
  3. Selepas kering, adunan tadi dikisar hingga hancur
  4. Adunan yang menjadi serbuk tadi disimpan di dalam bekas 

Kredit: Youtube Channel Amirul Shahmi Azhari

Cara buat infusuria untuk anak ikan laga (Youtube Channel Badol Channel)

Selain artemia, anak ikan laga juga sesuai diberikan infusuria. Kelebihan infusuria berbanding artemia adalah dari segi saiz infusuria lebih kecil dari artemia. Disebabkan saiznya yang kecil infusuria ini biasa diberikan kepada anak ikan 3 hari ke atas kerana pada masa ini kantung makanan semulajadi anak ikan sudah habis. 

Cara membuat infusuria ini tidaklah sukar, anda cuma perlu mempunyai bekalan air ikan atau lebihan air ikan yang hendak dibuang. Air ikan yang hendak disalin perlu disimpan ditempat gelap selama seminggu, jika boleh campurkan sedikit dedak atau pallet ke dalam air tadi. Infusuria akan muncul di dalam air peram tadi.

Kredit : Youtube Channel Badol Channel

Cara buat BBS untuk anak ikan laga (Youtube Channel Akuaria)

Bagi peternak ikan laga yang sukar untuk memperoleh bekalan kutu air atau infusuria, anda boleh membiak makanan BBS untuk anak ikan laga anda. BBS ini atau dipanggil dengan nama artemia boleh dibeli dalam bentuk telur kering dan anda perlu menetaskan telur BBS tadi untuk diberi kepada anak ikan.

Senarai produk BBS/artemia di Shopee: https://shp.ee/8uhjh3g

Untuk membuat BBS ini memerlukan teknikal yang pakar dalam set up peralatan untuk menetaskan telur BBS tadi. Boleh lihat dan tonton perkongsian di bawah

Kredit : Youtube Channel Akuaria

BBS akan mengambil masa dalam 24 jam untuk menetas dan Jangka hayat artemia ini hanyalah dalam 2 ke 3 hari sahaja, oleh itu anda perlu mengira terlebih dahulu kapasiti anak ikan yang hendak diberi makan agar BBS tadi tidak membazir.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top