Habitat Ikan Laga

Habitat Ikan Laga | Tangkap Ikan Laga Liar

Table of Contents

Pasti ramai yang ingin tahu habitat ikan laga untuk tujuan tertentu seperti ingin mencari ikan laga liar @ ikan laga kampung. Sebenarnya untuk mencari tempat tinggal ikan laga ini tidaklah sukar kerana ia sangat sinonim dengan ekosistem di Malaysia. Jom baca hingga habis.

Dimana Ikan Laga Tinggal?

Sedia maklum ikan laga adalah sejenis ikan yang hidup di kawasan air tawar, maka secara umumnya anda boleh sahaja mencari ikan betta ini di kawasan sungai lama di kawasan berdekatan anda. Namun harus diingat, jenis ikan laga yang terdapat di kawasan air tawar, sungai dan kawasan semulajadi ini adalah ikan laga jenis kampung @ liar sahaja.

Ini kerana ikan laga jenis mahal seperti jenis halfmoon, crowntail dan lain-lain adalah jenis kacukan di dalam sangkar buatan peternak. Oleh itu, amatlah mustahil anda menjumpai ikan laga yang popular di kawasan sungai ini.

Sawah Padi

Kawasan sawah padi adalah antara habitat semulajadi ikan laga yang mudah untuk ditemui. Terutamanya di kawasan sawah terbiar dan lama, di kawasan ini ikan air tawar boleh membiak dengan banyak dan sihat. 

Ikan betta liar ini banyak membuat sarang dan rumah di kawasan pangkal padi yang mempunyai ruang sempit. Tanda yang boleh dilihat untuk tahu samada terdapat ikan laga adalah terdapat buih di permukaan air sawah padi.

Paya

Di paya juga terdapat habitat ikan laga namun ia sangat sukar dilihat dan lebih sedikit berbanding kawasan air sawah. Di kawasan paya ini ikan laga biasanya membuat sarang di kawasan pangkal akar nipah tetapi agak berisiko dengan kehadiran pemangsa lain.

Sungai

Sungai juga mempunyai ikan laga, lokasi yang ideal adalah di kawasan sungai yang tidak mempunyai arus yang kuat, seperti di batu-batu, tepi sungai, kawasan sungai yang ada pokok (seperti ketapang), ikan laga sangat gemar untuk berada di kawasan-kawasan seperti ini. Dikatakan sungai-sungai di dalam hutan juga mempunyai banyak ikan betta yang asli.

Cara Tangkap Ikan Laga

Menangkap ikan laga tidaklah seperti tangkap ikan haruan yang mana anda boleh memasang perangkap bubu dan menunggu ikan masuk. Ikan betta ini perlu dicari dan ditangkap samada dengan menggunakan tangan @ menggunakan sauh ikan.

Selepas berjaya ditangkap, anda perlu menyediakan bekas @ plastik untuk meletakkan ikan laga liar ini bagi mengelakkan ia stress dan mati. Bersegera dalam memberikan tempat @ akuarium yang sama dengan habitat asalnya adalah lebih baik.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Akhir Kata

Untuk mencari habitat ikan laga ini tidaklah sukar memandangkan ia banyak terdapat di kawasan air tawar yang banyak di Malaysia. Jika anda gemar mencari ikan laga liar ini boleh sahaja mencari di kawasan sekitar yang dinyatakan di atas tadi. Semoga bermanfaat! Anda mungkin juga meminati artikel pasir akuarium.

error: Content is protected !!
Scroll to Top