Pasir Akuarium

Pasir Akuarium Terbaik & Murah

Pasir akuarium adalah antara salah satu komponen dalam membina akuarium di dalam rumah. Pasir ikan hiasan ini mesti digunakan bagi memelihara ikan laga @ ikan hiasan di dalam rumah untuk dijadikan deko dalaman rumah. Pasir ini mempunyai beberapa kegunaan untuk ikan hiasan selain untuk mencantikkan lagi hiasan akuarium anda.

Kebaikan Pasir Di Dalam Akuarium

Selain daripada tujuan hiasan deko, pasir akuarium ini mempunyai beberapa kegunaan untuk ikan hiasan dan dalam akuarium. Pasir ini pastinya komponen yang mesti ada di dalam akuarium ikan dalam rumah. Antara kebaikan pasir ini adalah:

  • Boleh dijadikan medium untuk menanam tumbuhan air
  • Mudah untuk membersihkan kotoran apabila di atas pasir (menggunakan penyedut)
  • Sebagai tiruvasi kitaran biologi habitat asal ikan hiasan
  • Untuk ikan hiasan berlindung dan bermain di kawasan lapisan pasir
  • Sebagai tempat hidup untuk haiwan mikrob dan juga makanan ikan hiasan

Kelemahan Pasir Akuarium

Selain kegunaan pasir ikan hiasan ini, ia juga mempunyai beberapa kelemahan yang perlu dilihat. Antara kelemahan pasir ikan hiasan ini adalah:

  • Membersihkan akuarium menjadi lebih rumit
  • Pasir perlu ditukar secara berkala
  • Kebanyakkan pasir ini tidak mempunyai kandungan nutrisi untuk tumbuhan air hidup

Pasir Aquarium Yang Bagus & Murah

Jika anda mencari stok pasir bekas akuarium yang bagus dan murah, anda boleh sahaja membeli secara dalam talian di Shopee. Kelebihan pembelian secara dalam talian ini adalah anda boleh dapatkan dengan harga yang murah dan jimat. Disini kami kongsikan beberapa jenis pasir ikan hiasan untuk rujukan anda.

Pasir Aquarium Putih

Pasir jenis warna putih ini sungguh sinonim dengan dengan akuarium dalam rumah. Ini kerana keunikan utama pasir putih ini adalah untuk memberikan pantulan cahaya di dalam akuarium ikan hiasan. 

Kekurangan pasir putih ini adalah ia tidak mengandungi sebarang jenis nutrisi untuk tumbuhan air. Jadi ia hanya sesuai untuk kegunaan akuarium tanpa hidupan di dalamnya. 

Pasir Aquarium Hitam

Pasir hitam ini adalah pasir yang popular untuk kegunaan tanaman air hidup di dalamnya. Ini kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang bagus untuk tumbuhan air. Biasanya pasir hitam ini diperoleh dari bukit 100% tanpa bahan kimia. 

Ia turut bagus dalam memperbaiki pH air akuarium dan baik untuk pertumbuhan kehidupan mikrob. Namun kekurangan adalah warnanya kurang menyerlah berbanding pasir putih.

Pasir Aquarium Merah

Jika anda inginkan warna selain daripada warna putih, terdapat pilihan untuk menggunakan pasir akuarium merah. Pasir merah ini tidak mempunyai kelebihan lain melainkan ia memberikan dasar aquarium warna merah gelap dan kelihatan lebih cantik dan neutral.

Akhir Kata

Pasir akuarium ini adalah antara bahan yang perlu ada untuk pemilik ikan hiasan dalam rumah @ indoor. Selain pasir, terdapat juga komponen lain seperti lampu akuarium, tumbuhan hidup dalam air, rak ikan laga, dan jenis akuarium yang perlu dinilai untuk menghasilakan akuarium indoor yang kemas dan cantik untuk tatapan anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top