Table of Contents
Terdapat banyak persoalan mengenai pokok daun ketapang kering yang masuk ke pertanyaan kami, adakah ia bagus untuk ikan laga? Terdapat beberapa sebab mengapa daun pokok ketapang ini digunakan secara meluas untuk merawat air ikan hiasan.
Air daun ketapang ini telah terbukti mampu memberikan kebaikan dalam merawat ikan laga tanpa bahan kimia. Pati ketapang ini turut memberikan ekosistem semulajadi kepada ikan hiasan anda. Baca hingga habis ya..
Kebaikan Daun Ketapang Kering
Ketapang atau dikenali dengan nama Terminalia Catappa adalah pokok yang terkenal dengan khasiat dan kebaikan. Daun ketapang yang telah dikeringkan boleh digunakan untuk dijadikan air peram ikan hiasan.
Daun ketapang kering ini akan direndam ke dalam air sehingga warna air menjadi coklat gelap. Perubahan warna ini disebabkan bahan tannins yang meresap ke dalam air. Antara kebaikan tannins ketapang adalah:
- Neutralkan pH air
- Sebagai bahan antibakteri dan antifungi
- Sebagai antibodi untuk ikan laga yang sakit
- Cepatkan proses sembuh luka ikan hiasan
- Sebagai makanan untuk hidupan air mikrob
Dengan menggunakan pati ketapang ini juga membolehkan ikan laga berada seperti di dalam ekosistem semula jadinya sendiri. Antara keunikan lain yang terdapat pada daun ketapang kering ini adalah ia lambat untuk diuraikan.
Daun Ketapang Untuk Aquarium
Terdapat dua cara untuk memasukan daun ketapang ini ke dalam akuarium ikan hiasan anda. Kedua-dua cara ini sangat mudah dan semua orang boleh lakukannya, iaitu:
Rendam Daun Ketapang Kering
Cara ini adalah yang paling mudah untuk dilakukan, anda hanya perlu meletakan satu ke dua keping daun ketapang ke dalam akuarium ikan dan biarkan sehingga terurai dengan sendiri. Jika anda rajin anda boleh sahaja menukar daun ketapang setiap dua minggu.
Cara ini amat mudah, tetapi hanya untuk bilangan ikan hiasan yang sedikit dan tidak sesuai untuk ikan hiasan dalam jumlah yang besar.
Stok Air Pati Ketapang
Cara kedua adalah dengan menyediakan air pati ketapang terlebih dahulu, lalu baru diagihkan ke akuarium ikan laga. Daun-daun ketapang yang dikutip akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperam ke dalam air yang banyak. Anda boleh mencampurkan garam biru untuk menjadikan kualiti air lebih baik
Kaedah ini biasanya dilakukan oleh pembiak ikan laga yang mengurus ikan laga dalam jumlah yang banyak. Ia lebih menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat air peram ketapang dalam jumlah yang banyak sebagai stok pati ketapang.
Jika anda sukar mendapatkan daun ketapan, tidak perlu risau kerana kini anda boleh membeli sahaja daun ketapang ini di Shopee dengan harga yang murah sahaja. Anda boleh tekan link Promo Shopee di Bawah ini.
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
Akhir Kata
Pastinya daun ketapang kering banyak kegunaannya untuk pembiak ikan laga. Tambahan, cara buat air ketapang ini amat mudah untuk dibuat dan lebih jimat masa dan wang. Dengan menggunakan bahan semulajadi ini juga menjadikan ikan lebih sihat tanpa kesan sampingan bahan kimia.