Ekor Ikan Laga Terkoyak

Ekor Ikan Laga Terkoyak Apa Perlu Buat? | Ubat Untuk Ekor Ikan Laga

Ekor ikan laga adalah antara aset penting yang ada pada ikan laga malah ekornya juga adalah nilai utama dalam penampilan ikan laga itu sendiri. Jika bahagian ekor ikan laga mengalami kerosakan atau terkoyak maka ia sangat memberi kesan kepada keterampilan ikan laga. Terdapat banyak sebab yang menyebabkan ekor ikan laga mengalami kerosakan jadi sangat penting bagi pemilik ikan laga untuk memberi perhatian langkah untuk mencegah dan merawat jika ia berlaku.

Menjaga kualiti air dalam akuarium

Keadaan air dalam akuarium atau ikan laga adalah sangat penting untuk ikan laga kerana air yang teruk akan menyebabkan ikan laga mengalami stress bahkan menyebabkan penyakit pada ikan laga. Seeloknya dicadangkan anda menukar air 3 kali seminggu bergantung keadaan. Apabila air tercemar akan mengakibatkan ikan laga mengalami stress dan tanda ikan laga stress boleh dilihat melalui ekornya yang rapuh dan layu.

Ekor Ikan Laga Terkoyak Apa Perlu Buat?

Rendam daun ketapang dalam air

Seperti sedia maklum air rendaman daun ketapang sangat baik untuk merawat air ikan laga secara semulajadi. Letakkan beberapa helai daun ketapang kering di dalam air, biar mineral semulajdi di dalam air ketapang merawat air. Daun ketapang juga sesuai untuk ikan laga kerana boleh dijadikan tempat berlindung dan bermain untuk ikan laga.

Setelah merendah daun ketapang di dalam air, jangan terkejut apabila air akan bertukar menjadi warna kuning, ini kerana zat-zat mineral daun ketapang itu akan sebati dengan air jadi air ikan laga anda akan mendapat manfaat daun ketapang untuk ikan laga anda. Daun ketapang boleh didapati di mana-mana sahaja di negara tropika, pilih yang sudah kering atau anda sukar untuk mendapatkan daun ketapang anda boleh sahaja membelinya di shopee dengan harga yang jimat dan murah.

Ekor Ikan Laga Terkoyak Apa Perlu Buat?

Awasi dekorasi di dalam akurium anda

Awasi dekorasi di dalam akuarium ikan anda, jika terdapat benda-benda yang tajam alihkan sahaja sebab boleh menjadi salah satu sebab ekor ikan laga rosak. Seeloknya hias akuarium dengan unsur unsur semulajadi sahaja dan elakkan meletak barang-barang deko yang plastik dan konkrit.

Ekor Ikan Laga Terkoyak Apa Perlu Buat?

Ikan laga gigit ekor sendiri

Ya betul, ikan boleh bertindak untuk menggigit ekornya sendiri, keadaan ini disebabkan stress. Kerosakan pada ekor ini boleh dilihat secara drastik. Jadi pastikan anda mencegah dengan mengelakkan ikan laga anda stress.

Rawat dengan pemberian garam ikan

Jika anda mendapati ekor ikan laga anda telah terkoyak, salah satu cara merawatnya adalah dengan memberinya garam, anda boleh dapatkan garam ikan ini di kedai-kedai haiwan ternakan atau anda boleh terus membeli secara online di shopee. Yang paling penting adalah anda harus ikut arahan cara penggunaan pada garam ikan itu.

Berikan makanan yang tinggi protein 

Seperti sedia maklum ikan laga adalah ikan karnivor yang memerlukan protein di dalam makanan harian, protein ini juga yang bagus untuk merawat luka dan cedera pada badan termasuklah pada ekor ikan laga. Makanan terbaik untuk ikan laga yang sakit adalah moina dan daphnia hidup. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai atau boleh biakkan sendiri sebagai stok makanan ikan laga.

Ekor Ikan Laga Terkoyak Apa Perlu Buat?

Asingkan ikan laga yang ekor terkoyak dan rawat dengan Methylene blue

Asingkan ikan laga anda yang sakit, ini kerana di dalam satu-satu kawasan akan ada ikan laga jantan yang dominan maka berkebarangkalaian ikan laga ini akan bertindak secara agresif terhadap ikan laga yang sakit ini. Asingkan ikan laga yang ekornya terkoyak dan beri rawatan yang sesuai. Jika ekor terkoyak disebabkan penyakit- penyakit ikan laga, anda boleh rawat dengan cara yang sesuai. Kami cadangkan anda merawat ikan laga yang terkoyak dengan menggunakan Methylene blue, boleh dapatkan di shopee secara online.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Kesimpulan

Seperti haiwan – haiwan lain, ekor ikan laga yang terkoyak akan tumbuh semula jika dirawat dengan betul dari awal. Sebagai pemilik ikan laga haruslah sentiasa memerhati keadaan ikan laga setiap hari bagi memastikan ikan laga berada dalam keadaan baik dan cepat untuk mengambil tindakan rawatan jika berlakunya kecederaan pada ekor ikan laga.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top