Kenapa Ikan Laga Buat Buih

Kenapa Ikan Laga Buat Buih di Permukaan Akuarium?

kenapa ikan laga keluar buih? Jika anda mempunyai ikan laga jantan dan anda perasan terdapat buih di permukaan air, itu adalah tanda awal ikan laga nak mengawan. Ini adalah sifat semulajadi ikan laga iaitu ikan laga jantan akan membuat buih sebagai sarang untuk meletakkan benih telur selepas mengawan ikan laga betina. Selain itu, buih ini juga sebagai petanda ikan laga untuk ditunjukkan kepada Ikan laga betina untuk memulakan proses mengawan. Jadi jika anda melihat kenapa air aquarium ikan laga berbuih, itu tanda ikan laga anda berada dalam keadaan sihat dan baik.

Ikan laga keluarkan buih sebagai  sarang

Ikan laga jantan akan mengeluarkan buih apabila berada pada tahap usia yang sudah matang, biasanya pada minggu ke 8 hingga ke minggu 12 usia ikan laga jantan. Di habitat liar, ikan jantan pada usia matang akan mencari dan menguasai kawasan -kawasannya dengan membuat buih -buih di permukaan air. Ini juga memberi isyarat kepada ikan laga dominan lain untuk tidak mengganggu kawasan pejantan lain. Ikan laga jantan akan mengambil masa dalam beberapa jam untuk menyiapkan sarang buih ini.

Kenapa Ikan Laga Buat Buih

Sarang buih akan diisi dengan telur yang sudah di senyawa

Selepas ikan laga jantan menyiapkan sarang buihnya, ikan laga jantan ini akan mempelawa ikan laga betina untuk mengawan di sekitar sarang buih itu. Jika anda pernah melakukan persenyawaan ini, anda boleh melihat reaksi ikan jantan dan betina ini, ikan betina pada awalnya akan menjauhi ikan laga jantan yang sedang tunggu di bawah sarang buihnya, dalam beberapa jam atau sehari selepas ikan laga betina bersedia barulah kelihatan mereka akan bersama di bawah sarang buih. Selepas persenyawaan berlaku telur yang sudah disenyawa akan dilepaskan oleh ikan laga betina dan ikan laga jantan akan mengutip dengan menggunakan mulutnya, lalu akan dilepaskan semua telur-telur itu ke dalam buih-buih di permukaan air.

Kenapa Ikan Laga Buat Buih

Ikan laga jantan akan menjaga telur hingga menetas

Ikan laga jantan akan bertindak melindungi telur-telur yang sudah di senyawa ini, ini adalah sifat semujadi ikan laga, yang mana ikan laga jantan akan menjaga dan membesarkan telur-telur ini. Manakala ikan laga betina pula seeloknya dibawa keluar atau diasingkan dari telur kerana berkemungkinan ikan laga betina akan memakan telur dan anak benih yang baru menetas ini. Berikan ikan laga betina ini makanan dan air yang baik kerana ikan laga ini baru sahaja bertelur dan memerlukan tenaga untuk kembali sihat. Telur telur ini akan mengambil masa lebih kurang sehari ke dua hari sahaja untuk menetas,  Anak ikan laga yang menetas akan bermain di sekitar sarang buih sahaja dan akan di perhatikan oleh ikan laga jantan.

Ikan laga jantan buat sarang buih, tapi tiada betina dan tiada telur

Ya keadaan ini boleh berlaku kerana ikan laga jantan ini secara semula jadinya akan membuat sarang buih apabila capai usia matang. Ini menunjukkan yang ikan laga jantan ini sudah dominan pada suatu tempat dan kawasan.

Kenapa Ikan Laga Buat Buih

Ikan laga jantan tidak buat buih

Terdapat sesetengah kes yang mana ikan laga jantan tidak membuat buih walaupun berada bersama dengan ikan laga betina, untuk menjawab keadaan ini saya senaraikan seperti di bawah.

  1. Ikan laga jantan belum cukup umur
  2. Ikan laga jantan sakit atau stress
  3. Keadaan air yang arus deras, ikan laga jantan hanya membuat buih pada keadaan air yang tenang sahaja
  4. Keadaan air dalam akuarium ikan laga / tangki yang kotor dan tidak digemari oleh ikan laga jantan

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Kesimpulanya

Apabila terbentuk buih di dalam akurium anda tidak perlu risau kerana itu adalah petanda baik untuk ikan laga anda. Tetapi langkah langkah memelihara harus di titik beratkan kerana anak ikan laga yang baru menetas memerlukan cara penjagaan anak ikan laga yang rapi untuk dibesarkan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top