Cara Lengkap Membiak Ikan Laga | Panduan Membiakkan Ikan Laga

Cara Pembiakan Ikan Laga | Cara Membiak Ikan Laga Dengan Mudah

Ikan laga adalah antara ikan hiasan yang mudah untuk dibiakkan, biasanya untuk peternak yang kali pertama mencuba cara pembiakan ikan laga ini pasti berjaya untuk menetaskan ikan laga ini. Ini kerana ikan laga ini antara ikan yang boleh hidup di hidupan liar.

Walaupun untuk cara membiak ikan laga ini mudah dan kurang berisiko, namun risiko sebenar adalah untuk membesarkan anak-anak ikan laga ini. Ini kerana anak benih ikan laga ini adalah antara anak benih yang paling halus setelah menetas. Tambahan pula ramai penternak yang melakukan kesilapan apabila mereka tidak tahu apa nak buat selepas telur menetas disebabkan mereka hanya fokus untuk kawinkan induk sahaja.

Jadi di dalam artikel ini kami akan share cara pembiakan ikan laga serta proses terbaik untuk membiakkan ikan laga ini agar anak-anak ikan laga yang baru menetas ini boleh membesar dangan sihat dan cantik.

anak ikan laga

Apa yang perlu dahulu?

Bagi yang baru mula-mula untuk membiakkan ikan laga ini, perkara yang paling awal perlu ada sudah semestinya air yang berkualiti. Pastikan belajar dan sediakan air dahulu dan air ini hendaklah dibuat di dalam isipadu yang besar agar mudah untuk menukar air di kemudian hari.

Sediakan air untuk kemasukan induk ikan dan benih ikan laga

Sebelum kedatangan induk ikan laga pastikan air ikan laga sudah disediakan terlebih dahulu. Dalam proses menyediakan air ikan laga ini akan dihuraikan seperti berikut:

Bahan untuk buat air ikan laga:

  1. Air paip (boleh guna air kerajaan sahaja)
  2. Daun ketapang kering
  3. 3 cubit garam biru untuk sebaldi air

Cara buat air ikan laga:

  1. Sediakan sebaldi air paip
  2. Masukkan 3 cubit garam biru ke dalam baldi tadi (atau ikut arahan di paket garam biru anda)
  3. Masukkan daun ketapang kering, rendam semalam hingga zat-zat daun ketapang larut ke dalam air baldi
  4. Boleh masukkan pump udara bagi menaikkan kadar oksigen di dalam air.
air ikan laga

Sediakan makanan untuk anak ikan dahulu

Inilah langkah yang ramai peternak pandang mudah dan akhirnya benih ikan membesar dengan kurang baik. Harus diingat benih ikan ini memerlukan makanan hidup selepas beberapa jam menetas. Ramai juga yang membuat kesilapan apabila memberi makanan pallet kepada benih ikan. Berdasarkan pengalaman kami, makanan yang terbaik untuk ikan laga dari anak benih hinggalah ke ikan laga dewasa ialah makanan hidup. Maka kami sangat cadangkan peternak untuk menternak makanan hidup sebagai stok ikan laga.

Untuk kali ini kami cadangkan anda memberi makan anak ikan laga yang baru menetas makanan hidup artemia, ini kerana artemia mempunyai saiz yang kecil sesuai untuk anak ikan yang baru menetas. 

Bahan untuk membiak artemia:

  1. Air pump
  2. Adjustable
  3. Tube
  4. Botol air mineral (1.5l) potong bahagian bawah
  5. Air ikan (seeloknya guna air tapis, elakkan air klorin)
  6. Artemia baby brine shrimp BBS

Cara untuk membiakkan artemia:

  1. Letakkan botol air secara terbalik, bahagian bawah botol mineral yang telah dipotong di atas, dan bahagian penutup botol berada di bawah, ini bagi memudahkan proses mengeluarkan artemia hidup nanti.
  2. Pasang water pump untuk memberi aliran air dan oksigen pada telur artemia.
  3. Masukkan 500ml air ke dalam botol, beserta telur artemia.
  4. Biarkan selama 24 jam, anda akan lihat telur artemia akan menetas. 
  5. Untuk mengasingkan artemia yang telah menetas, matikan water pump tungggu hingga semua artemia turun di dasar penutup. Anda akan lihat kulit telur artemia akan terapung di permukaan air.
  6. Buka penutup dan anda dapat air yang berisi artemia hidup untuk diberi kepada anak ikan anda
Cara Lengkap Membiak Ikan Laga | Panduan Membiakkan Ikan Laga

kredit youtube: BEE ONE SERVICES

Cara pembiakan ikan laga dengan mudah

Mulakan proses kawinkan induk jantan dan betina matang

Selepas rendaman air dan makanan ikan sudah sedia, makan barulah boleh mulakan proses kawinkan induk jantan dan betina ikan laga anda. Proses untuk kawinkan ikan laga ini tidaklah sukar, hampir 50 ke 70 peratus pasangan yang dikawinkan akan berjaya untuk disenyawakan dan menhasilkan telur yang akan menetas. Sepanjang proses ini anda sebagai penternak harus bersabar kerana mengambil masa beberapa hari untuk pemerhatian perilaku induk ikan laga. Di dalam proses ini akan dihuraikan seperti berikut:

Cara Lengkap Membiak Ikan Laga | Panduan Membiakkan Ikan Laga

Hari pertama

  1. Sediakan bekas yang sesuai untuk 2 ekor jantan dan betina
  2. Masukkan air 4 ke 5 inci tinggi air sahaja
  3. Masukkan daun ketapang kering
  4. Masukkan induk betina dahulu ke dalam bekas tadi, biarkan induk betina sesuaikan dahulu rumah kawin. Biarkan selama semalaman

Hari kedua

  1. Sebelum masukkan induk jantan, induk betina perlu diasingkan dahulu
  2. Cara mengasingkan ialah dengan sekat induk betina dengan penyekat lutsinar
  3. Proses ini penting sebagai proses untuk berkenalan kepada ikan jantan. Untuk mengelakkan induk jantan berlawan dengan induk betina.
  4. Penyekat lutsinar ini biasanya menggunakan botol air mineral yang telah dipotong atas dan bawahnya. Lalu dijadikan penyekat induk betina di dalamnya.
  5. Selepas sekat induk betina, baru masukkan induk jantan.
  6. Letak satu lagi plastik lutsinar di permukaan air berdekatan dengan botol mineral tadi. Biarkan plastik tadi terapung. Plastik ini berfungsi untuk induk jantan membuat sarang buih nanti. 
  7. Berikan makanan kepada kedua dua induk
  8. Tutup bekas untuk mengelakkan sebarang gangguan.

Hari ketiga

  1. Pada hari ketiga ini ikan laga jantan akan membuat sarang buih di bawah plastik lutsinar.
  2. Ini menandakan bahawa induk jantan ini sudah mula serasi dengan kawasan bekas dan induk betina. Biasanya sarang buih ini akan siap dalam masa 2 hari
  3. Pastikan biarkan sarang buih induk jantan ini betul-betul tebal dan padat, jika sarang buih masih sikit atau belum padat itu tanda ikan laga masih belum siapkan sarang buihnya. Biarkan induk betul-betul bersedia dahulu.
  4. Tips penting, selepas induk jantan membuat buih jangan sesekali untuk menganggu buih yang dihasilkan. Elakkan sebarang gangguan yang boleh menghancurkan sarang buih. Jangan letak aeration pump, tutup bekas selalu. Ini kerana induk jantan akan stress dan terasa diganggu untuk proses persenyawaan.

Hari keempat

  1. Pada hari keempat adalah hari untuk melepaskan induk betina tadi. 
  2. Penting selepas penyekat lutsinar atau botol mineral tadi diangkat untuk melepaskan induk betina. Tutup semula bekas tadi, elakkan sebarang gangguan semasa proses kawinkan induk. Biarkan selama sehari lagi.

Hari kelima

  1. Hari kelima adalah hari menentukan samada proses berkahwin terjadi atau tidak, dan pada hari ini juga boleh dilihat samada pasangan induk yang penternak cuba untuk kahwin kan menjadi atau tidak. 
  2. Boleh perhatikan di dalam sarang buih, jika terdapat telur di dalam sarang buih dan induk jantan dan betina bermain-main di bawah sarang buih itu menandakan proses berkahwin berjaya.
  3. Jika tiada biji telur di dalam buih dan kelihatan induk jantan dan betina berjauhan, maka itu menandakan proses berkahwin induk tersebut gagal.
  4. Jika induk jantan dan betina masih berada di bawah sarang buih, jangan ganggu kerana induk masih lagi dalam proses persenyawaan telur. Tunggu hingga induk betina menjauhkan diri dari sarang buih. Jika induk betina sudah keluar dari bermain di bawah sarang buih, itu tanda telur betina sudah habis dan boleh dikeluarkan dari bekas.
  5. Benih ikan akan dijaga oleh induk jantan hingga menetas, induk betina tidak pandai menjaga benih malah berkemungkinan juga akan memakan benihnya sendiri.
  6. Selepas induk betina diasingkan, tutup bekas seperti biasa, biarkan induk jantan menjaga benih telurnya. Benih telur akan menetas dalam masa 2 hari sahaja.

Hari keenam

  1. Jangan ganggu induk jantan sedang menjaga benih telurnya
  2. Jika induk jantan terasa diganggu, berkemungkinan ikan jantan ini juga akan memakan benih dan anak ikan yang menetas. Jadi elakkan stress pada ikan.

Hari ketujuh

  1. Pada hari ketujuh benih telur akan menetas dan berenang di sekitar sarang buih.
  2. Pada hari ini telur sudah tidak kelihatan tetapi akan kelihatan anak benih yang sudah menetas berada di sekitar buih-buih
  3. Elakkan mengganggu, biarkan anak ikan yang baru menetas berenang dengan sendiri
Cara Lengkap Membiak Ikan Laga | Panduan Membiakkan Ikan Laga

Hari kelapan

  1. Pada hari ini benih anak ikan akan sudah mula kelihatan berenang di bawah sarang buih.
  2. Pada masa ini sudah tiba masa untuk memberi makan kepada anak-anak ikan ini. 
  3. Masukkan artemia dan tutup semula bekas, elakkan induk jantan dan anak ikan tadi diganggu.

Hari kesembilan

  1. Pada hari kesembilan anak-anak ikan yang baru menetas sudah mula pandai berenang keluar dari sarang buih. 
  2. Pada harini ini boleh dimasukkan makanan untuk anak-anak ikan tadi. 
  3. Boleh keluarkan induk jantan. Pastikan mula memberi makan anak-anak ikan tadi.

Selepas hari ke sembilan, jika kualiti air dijaga dengan baik anak-anak ikan ini akan hidup dengan baik dan sihat. Untuk lebih banyak tip dan info berkenaan ikan laga boleh terus membaca di artikel lain pula ya.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Akhir kata

Dalam cara pembiakan ikan laga tidaklah sukar seperti membesarkan anak ikan laga. Cabaran yang paling besar adalah melibatkan cara penjagaan anak ikan laga hingga besar. sebab itu tidak hairan kenapa ramai pembiak ikan laga yang berjaya menetaskan telur ikan laga tetapi mati dalam beberapa minggu sahaja. selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top