Kutu Air Ikan Laga

Kutu Air Ikan Laga

Moina atau biasa dipanggil kutu air ikan laga adalah makanan hidup ikan laga yang paling popular sekali. Ia juga boleh diberikan kepada ikan hiasan air tawar lain sebagai makanan semulajadi yang baik untuk pertumbuhan dan kesihatan ikan. Di dalam slot ini kami kongsikan semua info berkenaan kutu air ikan laga ini.

Kebaikan Kutu Air Untuk Ikan Laga

Moina atau biasa dipanggil kutu air ikan laga adalah makanan hidup ikan laga yang paling popular sekali. Ia juga boleh diberikan kepada ikan hiasan air tawar lain sebagai makanan semulajadi yang baik untuk pertumbuhan dan kesihatan ikan. Di dalam slot ini kami kongsikan semua info berkenaan kutu air ikan laga ini.

Kebaikan Kutu Air Untuk Ikan Laga

Bukan sahaja sesuai untuk ikan laga, kutu air ini juga boleh dijadikan makanan untuk banyak lagi ikan air tawar yang lain. Pastinya ia mempunyai banyak manfaat yang bagus untuk hidupan akuatik terutamanya sebagai bekalan makanan.

Sumber Protein & Fiber Semulajadi

Kutu air ini adalah sumber protein ikan laga yang paling terbaik. Ikan laga adalah ikan karnivor yang memerlukan bekalan protein yang tinggi setiap hari. Kurang protein akan menyebabkan ikan laga mudah sakit dan mati. Dengan pemberian kutu air sepanjang hari sudah cukup untuk bekalan nutrisi protein dan fiber untuk ikan laga.

Mudah Dibiakkan, Dijumpai & Murah

Antara masalah yang sering berlaku apabila melibatkan makanan hidup adalah ia amat sukar untuk dijumpai. Namun tidak bagi kutu air, kutu air ini amat mudah untuk dibiakkan malahan jika diternak dengan betul anda akan ada stok kutu air yang banyak tanpa habis.

Tambahan, ia juga boleh dijumpai dengan banyak sekali di kawasan longkang dan takungan air, anda hanya perlu sauk dan berikan kepada ikan laga anda, selang beberapa hari kutu air akan membiak lagi. Ia juga dijual dengan murah di kedai-kedai ikan hiasan. 

Makanan Anak Ikan Laga “Fry”

Kebaikan kutu air seterusnya adalah ia makanan terbaik untuk anak ikan laga. Fry ikan laga adalah antara fry yang kecil dan sensitif, oleh itu anda harus memberikan makanan yang lebih kecil untuk fry makan. 

Kutu air turut menjadi pilihan pembiak ikan laga untuk diberikan kepada fry selain daripada infusoria. Ini kerana nutrisinya yang tinggi protein dan fiber serta yang paling penting saiz yang lebih kecil untuk fry ikan laga makan.

Makanan Kutu Air

Bagi yang ingin membiak sendiri kutu air pasti ingin tahu kutu air ini makan apa? Secara semulajadinya kutu air ini akan memakan haiwan akuatik kecil/mikrob untuk terus membiak dan hidup. 

Kutu air akan memakan pelbagai jenis sumber makanan seperti bakteria, yis, phytoplankton, dan bahan urai dalam air. Populasi moina ini akan cepat membiak di kawasan air yang mempunyai banyak bakteria dan fungi. Sebab itu tidak hairan kenapa medium tinja ayam adalah makanan terbaik untuk membiak kutu air. 

Jangka Hayat Kutu Air

Jika anda ingin membiak kutu air secara berkala, anda perlu tahu jangka hayat kutu air adalah selama 13 hari sahaja. Jadi untuk membiak kutu air anda perlulah membuat setiap satu atau dua minggu sekali.

Namun begitu, bagi memastikan bekalan makanan fry ikan laga tidak putus, dicadangkan anda membuat kutu air ini setiap minggu untuk bekalan tanpa putus.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Akhir Kata

Bagi pembiak ikan laga, anda mesti ada bekalan kutu air sendiri memandangkan ia sangat mudah diternak, ini akan menjimatkan kos operasi anda untuk membeli makanan yang mahal. Untuk cara-cara membuat kutu air dengan banyak anda boleh terus tekan link di bawah semoga bermanfaat!

Cara Buat Kutu Air Banyak Dan Tak Habis

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top