Table of Contents
Sebut sahaja tentang penyakit pada ikan, ikan hiasan juga tidak terlepas daripada mengalami jangkitan penyakit-penyakit daripada bakteria atau parasit. Sebagai peternak ikan hiasan haruslah mempunyai pengetahuan dalam mencegah penyakit ini dari awal. Ikan laga kebiasaannya memang terkenal kerana sifat semujadi yang mudah dibesarkan dan tahan lasak, namun Ikan laga juga tidak terlepas daripada mengalami penyakit, malah jika dibiarkan boleh mengakibat kan kematian pada ikan laga.
Di dalam artikel kali ini membincangkan ciri-ciri ikan laga sakit sebagai panduan untuk peternak atau pemilik ikan laga.
Apa ciri-ciri ikan laga sakit yang boleh diperhatikan?
Seperti juga haiwan-haiwan ternakan yang lain ikan laga akan menunjukkan beberapa tanda-tanda mengalami kesakitan atau penyakit. Tanda-tanda inilah yang memberi penanda kepada pemilik untuk melakukan tindakan pencegahan.
Antara ciri-ciri ikan laga sakit
- Kurang bergerak dan kelihatan lemah
- Kurang selera makan, boleh dilihat apabila makanan yang diberikan tidak habis seperti biasa
- Kelihatan gelisah dengan berada di kawasan deco akuarium
- Badan terbalik dan berada terapung di permukaan air
Ciri-ciri pada tubuh
- Sisik kelihatan terkeluar seperti duri
- Terdapat tompok-tompok putih
- Warna badan dan ekor kelihatan pudar dari biasa
- Hujung ekor eklihatan layu dan mereput
- Bahagian bawah perut membesar dan membulat
- Mata menonjol keluar
- Terdapat seperti cacing melekat pada badan ikan
Jika ikan laga anda mempunyai ciri ikan laga sakit seperti di atas, anda disarankan untuk mengasingkan ikan yang tersebut untuk kuarantin. Untuk mengasingkan anda perlu beberapa peralatan seperti di bawah.
Peralatan untuk kuarantin ikan sakit/berpenyakit
- Akuarium khas untuk seekor ikan sahaja
- Water pump dan tiub
- Garam biru untuk ikan
Untuk sediakan amatlah mudah, masukkan air ke dalam akuarium, ambil secubit garam biru dan gaul hingga sebati dengan air, kemudian pasang water pump untuk memberi lebih oksigen pada ikan laga yang sakit.
kredit youtube: BEE ONE SERVICES
Penyakit penyakit ikan laga yang anda harus tahu
Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan penyakit ikan beserta gambar, boleh lihat artikel jenis-penyakit-ikan-laga-gambar-rawatan-untuk-ikan-laga untuk penerangan yang lebih jelas.
Dropsy
Akibat jangkitan bakteria yang merebak melalui makanan hidup atau air yang kotor. Menyebabkan paru-paru ikan gagal berfungsi. Penyakit ini biasa menyerang ikan laga dan kadar kematian adalah tinggi.
Ciri-ciri ikan laga terkena dropsy
- Sisik badan kelihatan terkeluar dan nampak berduri
- Bahagian perut kelihatan membesar dan membulat
Rawatan
- Tukar air secara berkala,
- Berhenti dari memberi makanan yang hidup kepada ikan yang sakit
Velvet
Berpunca daripada parasit yang berjangkit pada ikan
Ciri-ciri ikan laga terkena velvet
- Ikan laga kelihatan lesu dan kurang bergerak
- Mengesel badan pada akuarium dan deko akuarium disebabkan kulit yang dipenuhi parasit
- Kurang selera makan
Rawatan
- Tukar air secara berkala
- Letakkan garam biru untuk membunuh parasit pada badan ikan,
- Elakkan terdedah kepada cahaya,
- Rendam daun ketapang kering di dalam air
ICK
Disebabkan jangkitan parasit
Ciri-ciri ikan laga terkena ICK
- Terdapat bintik-bintik putih pada badan ikan laga
- Kurang selera makan
- Kelihatan lesu dan warna pudar
Rawatan
- Gunakan air yang direndam garam biru
- Rendam daun ketapang kering
- Tukar air secara berkala
Popeye
Berpunca daripada bakteria
Ciri-ciri ikan laga terkena popeye
- Mata kelihatan tertonjol keluar
- Kurang selera makan
Rawatan
- Salin air secara berkala
- Rendam daun ketapang kering
Masalah pundi berenang @swim bladder disorder
Berpunca daripada makanan yang berlebihan pada ikan laga
Ciri-ciri ikan laga yang terkena swim bladder disorder
- Berenang secara terbalik dan terapung di permukaan air
Rawatan
- Ikan laga boleh sembuh dengan sendiri
- Kawal pemberian makanan pada ikan laga anda
Kesimpulan
Boleh diperhatikan point-point di atas ini terdapat 2 bahan utama dalam mencegah dan merawat ikan laga atau mana-mana ikan hiasan yang sakit. Iaitu daun ketapang dan garam biru. Di cadangkan bagi peternak ikan laga untuk mempunyai stok daun ketapang dan garam biru ini kerana kedua-dua bahan ini sangat bagus untuk merawat air ikan.
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
Bagi yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan 2 bahan ini, jangan risau kerana anda boleh sahaja dapatkan di shopee yang dijual dengan harga yang murah. Selamat mencuba.