Cara Merawat Ikan Laga Yang Sakit | Guna Air Peram Ketapang & Garam Biru

Seperti ikan yang lain ikan laga juga berisiko untuk diserang penyakit-penyakit yang berbahaya. Terdapat beberapa jenis penyakit ikan laga dan ada diantaranya yang boleh mengakibatkan kematian pada ikan. Dalam artikel kali ini membincangkan cara merawat ikan laga yang sakit.

Hampir kesemua penyakit ikan air tawar ini semuanya berpunca daripada air yang kotor, maka cara merawat ikan yang sakit adalah dengan memberi air baru yang bersih dan mengawal ikan yang dikuarantin dari masa ke semasa.

air ikan laga

Kaedah ini adalah yang paling asas dalam merawat ikan laga yang sakit. Cara ini adalah cara yang paling mudah tanpa menggunakan sebarang ubatan yang khusus. Anda boleh juga mencampurkan air rawatan ini beserta ubat-ubatan tertentu bergantung kepada penyakit ikan itu masing-masing.

Asing kan ikan yang berpenyakit

Langkah yang awal dan paling penting adalah dengan mengasingkan ikan yang sakit, ini kerana penyakit ini boleh merebak dengan cepat jika dibiarkan. Apatah lagi jika punca penyakit itu datang daripada air dalam akuarium.

Sediakan single akuarium 

Langkah seterusnya islah asingkan ikan yang sakit ke dalam single akuarium. Jangan letakkan sekali bersama ikan -ikan lain. Kuarantin ikan tadi sepanjang tempoh rawatan hingga sembuh semula

Punca ikan laga mati

Air peram ketapang dan garam biru

Dalam akuarium tadi gunakan air peram ketapang dan garam biru. Air ketapang dan garam biru inilah yang akan merawat ikan sakit tadi secara semulajadi. Khasiat garam biru dan manfaat daun ketapang ini sangat baik sebagai anti bakteria dan antifungi untuk ikan yang berjangkit. 

Boleh juga mencampurkan air peram ketapang dan garam biru tadi dengan ubatan khusus untuk rawatan sakit. Seperti ubat NIKA anti-oodinium untuk rawatan penyakit Velvet ikan laga.

Sediakan air pump di dalam akuarium

Sediakan air pump di dalam akuarium bagi memberi lebih oksigen untuk ikan laga. Selain itu boleh memberi aliran air di dalam akuarium untuk ikan bergerak.

Beri makan dan buat pemerhatian

Setiap hari beri makan secara berkala, elakkan memberi makanan berlebihan kerana air akan cepat kotor. Perhatikan ikan setiap hari samada bertambah baik atau bertambah buruk. Biarkan ikan berada di dalam single akurium hingga betul-betul sembuh dan cergas barulah masukkan semula ke akurium komuniti yang lain. Selamat mencuba!

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Kredit : Youtube BEE ONE SERVICES

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top