Table of Contents
Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian apabila memelihara ikan adalah akuarium ikan laga. Ikan laga boleh dibela di dalam mahupun di luar rumah, jadi pemilihan akuarium yang tepat dan sesuai perlu untuk memudahkan aktiviti penjagaan ikan laga pada masa akan datang.
Saiz akuarium yang sesuai ikan laga
Sebelum membeli ikan laga atau mana-mana jenis ikan hiasan, anda terlebih dahulu perlu tahu saiz akuarium anda. Saiz ikan laga ini bergantung kepada jumlah bilangan ikan yang mahu dibela dan lokasi tempat anda.
Jika anda ingin membela ikan laga di dalam bilik, maka saiz akuarium kecil sesuai untuk anda. Jika anda ingin membela ikan laga dalam jumlah banyak anda boleh membeli saiz akuarium yang lebih besar dan mestilah ditempatkan di kawasan yang luas di rumah. Antara jenis akuarium ikan laga yang anda boleh dapati adalah seperti berikut:
Akuarium Mini/Kecil
Akuarium mini ini sesuai dijadikan bekas ikan bagi golongan yang membela ikan laga sebagai hobi sahaja. Akuarium ini diperbuat daripada plastik dan boleh memuatkan seekor ikan laga dalam satu masa sahaja. Reka bentuknya mini dan cantik ini sangat sesuai diletakkan di atas meja ataupun kawasan deko rumah anda.
Akuarium Kaca
Jika anda inginkan akuarium yang bersesuaian dengan deko rumah, dicadangkan agar anda memilih akuarium kaca yang besar dan luas. Ini kerana akuarium ikan hiasan yang besar ini boleh menonjolkan elemen semulajadi hidupan akuatik sebagai deko rumah anda.
Memiliki ruang yang besar ini membolehkan anda memelihara lebih dari satu jenis ikan hiasan dan boleh menempatkan beberapa jenis tumbuhan hiasan yang cantik di dalam bekas akuarium.
Akuarium Individu Ikan Laga
Bagi anda yang ingin membiak ikan laga anda perlu mempunyai banyak akuarium individu untuk menempatkan ikan laga secara berasingan. Anda mestilah bijak dalam mencari bekas akuarium ini agar lebih jimat kos. Berita baiknya, di Shopee anda boleh dapatkan bekas ini dengan harga serendah RM9 sahaja, tekan butang Shopee di Bawah ya..
Perhiasan akuarium
Apabila anda bercadang membeli akurium untuk ikan laga seeloknya anda turut membeli alatan asas yang lain seperti batu hiasan, pati ketapang dan garam biru untuk ikan laga Ikan laga memerlukan tempat untuk bermain dan berteduh, jika akuarium anda kosong sudah akan akan nampak tidak cantik. Antara Perhiasan yang boleh diletakkan di dalam akuarium ikan adalah:
- Tumbuhan air
- Pasir akuarium
- Batu hiasan
- Pam Udara
- Lampu akuarium
Jika anda meletakan perhiasan di dalam akuarium, pastikan anda membasuh terlebih dahulu peralatan tadi bersama garam biru bagi membunuh sebarang jenis micro yang wujud.
Harga akuarium ikan laga
Dalam memilih jenis akuarium anda juga mestilah mengikut bajet anda. Tidak dinafikan akuarium ini datang dalam pelbagai kualiti dan harga. Berita baiknya kini di Shopee anda boleh membeli akuarium yang sesuai untuk ikan laga ini dengan harga yang murah dan jimat.
Akhir kata
Pemilihan akuarium untuk ikan laga adalah satu perkara yang perlu diambil kira walaupun tidak serius. Untuk membela ikan laga memerlukan komitmen penjagaan termasuklah tempat tinggal ikan itu sendiri. Akuarium yang cantik akan menambahkan lagi seri kecantikan ikan hiasan rumah anda.