Table of Contents
Cara membiak ikan laga adalah tidak sukar memandangkan ikan laga ini adalah jenis ikan yang berasal dari habitat liar. Cabaran sebenar dalam menternak ikan betta adalah cara penjagaan anak ikan laga dari telur menetas hingga besar dan boleh dijual. Untuk kahwinkan ikan laga memerlukan jantan dan betina ikan laga yang sudah matang. Tempatkan di dalam tangki kawin dan hampir 70 peratus ikan laga ini akan berkahwin.
Di dalam artikel ini membincangkan cara penjagaan anak ikan laga dari baru menetas hingga umur 2 bulan.
Menjaga anak ikan laga 4 hari
Selepas berlakunya proses persenyawaan antara ikan laga jantan dan ikan laga betina matang. Telur ikan laga ini akan disimpan di dalam sarang buih ikan laga yang dibuat oleh jantan. Selepas selesai, ikan laga betina tadi akan meningalkan sarang buih dan pada masa ini tugas menjaga telur ini diberikan kepada ikan laga jantan.
Anak ikan laga akan menetas dalam masa lebih 24 jam hingga 72 jam dan akan diawasai oleh ikan laga jantan. Pada masa ini, anda tidak perlu melakukan apa-apa kerana ikan laga jantan akan menjaga anak ikan laga tadi atau fry dengan teliti. Anak ikan laga tadi mempunyai kantung makanan sendiri untuk keperluan makanan dalam 3 ke 4 hari.
Apabila anak ikan laga berumur 4 hari boleh dilihat fry tadi mula untuk keluar dari sarang buih. Pada masa ini anda boleh memberikan makanan hidup yang halus kepada anak ikan laga. Makanan anak ikan laga terbaik diberikan adalah kutu air, cacing halus, atau artemia.
Penjagaan anak ikan laga baru menetas hingga 4 hari
- Ikan laga jantan akan menjaga anak ikan laga.
- Jangan ganggu kerana boleh menyebabkan stress pada ikan laga jantan.
- Kantung makanan semulajadi digunakan sebagai bekalan makanan anak ikan
- Asingkan ikan laga jantan dan mula berikan makanan halus untuk anak ikan pada hari ke 4.
Menjaga anak ikan laga 1 minggu hingga 2 minggu
Apabila anak ikan laga berumur 1 minggu anda sudah boleh mengasingkan anak – anak ikan tadi ke dalam bekas yang lebih besar. Ini penting bagi memberikan lebih ruang kerana kelompok anak ikan ini membesar dan memakan ruang. Selain itu, ruang tangki yang luas juga boleh menjadikan saiz anak ikan cepat besar.
Cara pindahkan anak ikan laga ini juga memerlukan skil agar anak ikan laga yang masih kecil tadi stress dan akhirnya mati.
Penjagaan anak ikan laga 1 hingga 2 minggu
- Boleh mula asingkan ke tangki yang lebih besar
- Berikan makanan yang saiz kecil seperti artemia
- Elakkan stress pada anak ikan laga kerana boleh menyebabkan kematian
Menjaga anak ikan laga 3 minggu hingga 2 bulan.
Apabila masuk ke umur 3 minggu iaitu hampir cukup umur sebulan, anda sudah mula berikan makanan yang lebih besar seperti jentik-jentik. Selain itu anda juga boleh memberikan pellet halus sebagai permulaan untuk anak ikan laga memakan pellet.
Penjagaan anak ikan laga 3 minggu hingga 2 bulan
- Boleh berikan makanan yang besar seperti jentik-jentik dan pellet
Menjaga anak ikan laga 2 bulan dan ke atas
Pada umur sebulan ke atas, anda juga sudah boleh untuk mengasingkan anak ikan tadi mengikut saiz. Ini kerana anak ikan tadi akan mula bersaing untuk medapat makanan, dan menyebabkan ikan yang kecil akan lemah. Asingkan mengikut saiz pastikan di dalam tangki ikan mempunyai saiz anak ikan yang sekata.
Harus diingat selepas diasingkan sekali ikan laga ini sudah tidak boleh dicampur semula, ini kerana ikan laga jantan akan bertindak berlawan antara satu sama yang lain. Hanya ikan laga betina sahaja boleh dibiarkan bersama.
Penjagaan anak ikan laga 2 bulan dan ke atas
- Boleh asingkan ke tangki individu bagi ikan jantan
- Untuk ikan betina boleh dibiarkan bersama di dalam satu tangki
Makanan anak ikan laga
Anak ikan laga makan apa? Inilah antara persoalan yang bermain di fikiran ramai peternak ikan laga yang masih baru. Anak ikan laga tidak memerlukan makanan sebaik sahaja menetas hingga ke hari ke 4. Ini kerana semulajadinya anak fry tadi mempunyai kantung makanan sendiri.
Namun selepas masuk hari ke 4 dan ke atas, ikan laga ini memerlukan makanan hidup seperti kutu air, infosuria dan artemia. 3 jenis makanan hidup untuk ikan laga ini sesuai kerana saiznya yang halus untuk anak fry makan. Pastikan anda memberi makanan ikan laga agar cepat besar dan sihat.
Punca anak ikan laga mati
Dalam cara penjagaan anak ikan laga ini tidak semua akan ikan yang menetas akan hidup hingga ke umur 2 bulan. Pasti akan ada anak ikan yang mati disebabkan beberapa faktor antaranya:
- Dimakan oleh induk jantan akibat stress
- Keadaan dan cuaca air yang panas atau dinggin
- Cacat selepas menetas
- Pening dan stress semasa proses pindah tangki atau salin air tangki
Faktor ini antara penyebab kepada anak ikan laga mati, oleh itu pembiak ikan laga harus bijak dalam mengira risiko kematian ini. Sebab itu tidak hairan kenapa pembiak mengkahwin lebih dari 5 pasang sekali untuk mengurang risiko anak ikan laga mati tinggi.
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
Akhir kata
Jika anda berminat untuk membiak ikan laga anda harus mahir dalam bab cara penjagaan anak ikan laga ini. Dalam proses lepas menetas hinggalah ke umur 2 bulan ini adalah cabaran sebenar dalam cara membiak ikan laga. Terdapat risiko-risiko yang mesti diambil kira bagi mengurangkan kadar kematian dalam tempoh masa ini.