ikan laga bertelur

Ikan Laga Bertelur | Tips Banyak Telur & Tanda Ikan Laga Bertelur

Sebelum memulakan proses membiak ikan laga, terdapat satu perkara yang penting untuk diambil kira iaitu ikan laga betina. Ini kerana salah satu faktor utama kejayaan mengkahwinkan ikan laga adalah dengan memastikan ikan laga bertelur terlebih dahulu. 

Ikan laga betina matang yang berkualiti 

Ikan laga betina matang harus datang dari sumber yang berkualiti. Ini akan menghasil telur ikan laga yang baik hasil dari genetik ikan laga betina tadi. Disebabkan itu tidak hairan kenapa terdapat ikan laga betina matang yang dijual dengan harga lebih RM1000 seekor.  

Selain itu, pembiak juga harus pakar dalam cara membuat ikan laga untuk bertelur kerana setiap ikan betina mempunyai keupayaan masing-masing. Seekor ikan laga betina matang boleh menghasilkan telur lebih dari 700 ke 1000 biji sekali. Jika betina yang dikahwinkan mempunyai telur yang kurang sudah pasti memberikan hasil anak ikan yang sikit dan tidak berbaloi.

3 Tips ikan laga bertelur dengan banyak

Sediakan air yang berkualiti 

Sedia maklum dalam menternak ikan laga kualiti air adalah sangat diutamakan. Ini kerana keadaan air yang kotor itu sendiri boleh memberi rasa stress pada ikan laga betina dan mengakibat kan telur kurang. Berikan air peram daun ketapang yang telah dirawat dengan garam biru.

Bagi memastikan ikan laga matang bertelur dengan banyak air hendaklah disalin dengan setiap hari. Ini kerana ikan laga betina akan makan dan membuang najis. Maka salin air ikan laga setiap hari seloknya pada waktu malam bagi mengelakkan ikan stress.

Sediakan tangki yang besar dan luas

Sifat semujadi ikan laga itu sendiri akan berkembang dan sihat apabila berada di kawasan yang lebih luas. Bagi membolehkan ikan bertelur dengan banyak anda wajib mengasingkan ikan laga betina ini di tangki yang lebih luas dan dalam.

Makanan yang berkualiti

Ikan laga secara semula jadinya memakan haiwan-haiwan kecil maka pastikan anda memberikan makanan hidup yang kaya dengan sumber protein. Kurangkan memberi makanan seperti pelet. 

Makanan yang terbaik untuk ikan laga betina menghasilkan telur adalah makanan hidup seperti kutu air, cacing, jentik-jentik, dan artemia. Berikan makanan 3 kali sehari selama 2 minggu atau lebih untuk ikan laga betina matang betul-betul sihat dan cergas menghasil kan telur yang banyak sebelum dikahwinkan.

Tanda ikan laga matang bertelur

Sebelum proses kahwin kan ikan laga jantan dan ikan laga betina matang, terlebih dahulu anda harus melihat tanda ikan laga bertelur pada ikan betina. Terdapat tanda ikan laga betina sudah bersedia untuk dikahwinkan iaitu:

  • Bahagian bawah perut kelihatan buncit dan berisi.
  • Terdapat seperti biji di bawah perut ikan laga betina matang.

Ikan laga boleh bertelur tanpa jantan namun telur itu mesti di senyawa bersama sperma ikan laga jantan untuk menghasilkan telur yang menetas. Kebanyakan pembiak ikan laga menghasil kan ikan laga betina matang yang siap telur untuk dijual dengan harga yang tinggi, pembeli hanya perlu membeli dan melakukan proses kahwin kan bersama ikan jantan sahaja. 

Selesai menghasilkan telur, tempoh ikan laga bertelur semula bergantung kepada penjagaan ikan laga itu sendiri. Jika selepas proses kahwin ikan laga betina masih sihat dan cergas anda boleh cuba 3 cara ikan bertelur banyak di atas untuk proses menghasilkan telur semula.

Pemilihan Induk Ikan Laga | Cara Nak Kenal Betina & Jantan Untuk Kawin

Video ikan laga berkahwin

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Akhir kata

Untuk memastikan ikan laga bertelur dengan banyak anda wajib memastikan ikan laga betina matang dibela dan dijaga dengan baik dan berkualiti. Kepakaran dalam menghasil kan ikan laga betina yang siap telur ini membolehkan penternak ikan laga menghasil kan stok ikan laga yang banyak dan konsisten untuk dijual.

error: Content is protected !!
Scroll to Top