Table of Contents
Ikan laga tidak dinafikan lagi adalah antara ikan air tawar yang paling digemari di seluruh dunia. Ikan ini dijadikan ikan hiasan bagi sesetengah penggemar ikan hiasan di dalam rumah. Tidak kurang juga ada yang menjadikan ikan laga ini sebagai hobi masa lapang disamping boleh menghasilkan side income dengan menjual ikan-ikan laga yang ada.
Di dalam artikel kali ini membincangkan 7 fakta menarik ikan laga yang anda perlu tahu.
Induk jantan akan menjaga benih hingga besar
Bagi yang sudah biasa membiak ikan laga pasti tidak pelik apabila mengetahui bahawa ikan laga jantan akan menjaga benih yang baru menetas hingga besar. Apabila proses persenyawaan induk jantan dan betina selesai, telur-telur yang terhasil akan disimpan di dalam buih yang dihasilkan oleh induk jantan. Salah satu fungsi buih ini adalah memberi bekalan oksigen yang cukup kepada benih ikan yang baru dan akan menetas. Setelah semua telur dimasukkan ke dalam buih, induk betina secara semulajadinya akan menjauhi sarang buih, manakala induk jantan akan berada di bawah sarang buih dan mengawasi telur hingga menetas. Induk betina hendaklah dikeluarkan dari tangki kerana kebiasanya induk betina akan memakan telur dan anak benih yang baru menetas nanti. jangka hayat ikan laga adalah sekitar 3 ke 5 tahun, namun ada sesetangah jenis ikan laga yang mempunyai jangka hayat ikan laga hingga ke 8 ke 10 tahun.
Ikan laga adalah haiwan karnivor
Walaupon ikan laga adalah ikan hiasan yang cantik dan warna-warni, namun harus diingat bahawa ikan laga ini adalah haiwan karnivor yang memakan haiwan lain di habitat asalnya. Oleh sebab itu dalam pemakanan harian ikan laga harus mempunyai kadar protein yang cukup setiap hari. Bermula dari benih yang baru menetas hinggalah menjadi dewasa, pemberian protein adalah sangat penting bagi mengimbangi keperluan diet harian.
Terdapat beratus jenis warna dan corak
Untuk pengetahuan anda, ikan laga mempunyai lebih beratus jenis berdasarkan campuran warna dan bentuk luaran ikan laga itu sendiri. Ikan laga kampung adalah baka asli habitat asal ikan laga, manakala setelah dibiak baka selama bertahun-tahun maka lahirlah beberapa variasi warna dan bentuk ekor yang dikategorikan dengan beberapa nama.
Ikan laga mampu bernafas di dasar air
Salah satu keistimewaan ikan laga adalah mampu menyimpan oksigen yang banyak di dalam insang. Ikan laga mempunyai organ yang dinamakan sebagai labirin, fungsi labirin ini adalah untuk menyimpan udara dalam kadar yang banyak untuk terus berada di dalam dasar air dalam tempoh masa yang lama.
Jantan yang dominan akan membuat buih di tempatnya
Bagi pemilihan induk jantan untuk dikawinkan, salah satu kriteria yang penting adalah ikan laga jantan itu mestilah mampu dan boleh membuat sarang buih dengan cantik dan baik. Membuat sarang buih ini adalah sifat semulajadi ikan laga jantan menandakan bahawa kawasan itu adalah kawasan dominannya, makan jangan sesekali meletak lebih dari seekor ikan laga jantan yang dominan dalam bekas yang sama, kerana ikan laga ini akan bertarung sesama sendiri. Untuk pemilihan induk jantan, pastikan anda melihat kualiti sarang buih yang dihasilkan, induk jantan yang bagus ialah apabila sarang buih yang dibina kelihatan tebal dengan buih, seolah-olah seperti terdapat 2 atau 3 lapisan buih. Ini kerana terdapat ikan laga jantan yang masih baru dan belum tahu untuk membina sarang buih yang berkualiti, akibatnya telur atau anak ikan nanti akan jatuh ke dasar tangki dan mati.
Ikan laga boleh melompat keluar dari tangki
Apabila anda memelihara ikan laga ini pastikan anda menutup tangki atau akuarium anda, ini bagi mengelakkan ikan laga anda hilang di pagi hari, ya, ikan laga hilang bukan dicuri tetapi hilang kerana melompat keluar dari tangki/akurium anda.
Tumbesaran ikan laga bergantung saiz tangki
Ini adalah salah satu tip dalam membesarkan ikan laga anda, pastikan anda menempatkan ikan laga anda di tangki atau akuarium yang besar. Saiz ikan laga ini bergantung kepada saiz tempat dibesarkan. Ini adalah salah satu grooming ikan laga, jika anda mempunyai ikan laga yang kelihatan kecil dan terbantut, maka apa yang anda harus buat ialah menukar tangki/akuarium anda ke saiz yang lebih besar. Perhatikan dalam masa 10 ke 20 hari, anda akan lihat saiznya akan lebih besar.
Induk ikan laga betina sangat mahal
Dalam menghasilkan jalur genetik yang berkualiti, salah satu kunci utama adalah dengan mempunyai induk betina yang baik dan berkualiti, ini kerana induk betina akan mempunyai telur yang terhasil apabila matang, maka genetik induk betina ini adalah sangat penting untuk menghasilkan baka-baka yang berkualiti. Oleh itu, tidak hairan kenapa terdapat harga induk betina yang mempunyai telur dijual dengan harga yang mahal, ada yang mencapai ribuan seekor!
Ikan laga adalah ikan air tawar yang menarik untuk dipelajari dan diterokai, bahkan trend menternak ikan laga di malaysia kini kelihatan makin popular dengan terdapat banyaknya penjual dan pembeli ikan laga ini. Selain dari hobi, ikan laga ini boleh juga dijadikan sebagai sumber pendapatan harian anda. Ikuti artikel-artikel lain di website kami!
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r