Maksud Grooming Ikan Laga & Cara Groom Ikan Laga

Grooming bermaksud mencantikkan ikan laga. Ikan laga terkenal dengan warnanya  yang cantik dan menyerlah, makan tidak hairan ikan laga juga perlu disolek bagi mencantikkan lagi warna luarannya. Bagi penjual ikan laga aktiviti grooming atau cara groom ikan laga ini sudah semestinya biasa dilakukan bagi menaikkan seri ikan laga itu sendiri. Terdapat beberapa tujuan & groom ikan laga 

Tujuan groom ikan laga

  1. Groom untuk besarkan saiz
  2. Groom untuk cerahkan warna 
  3. Groom untuk lebih agresif

Cara Groom Ikan Laga untuk besarkan saiz

Cara groom ikan laga untuk saiz ini biasanya dibuat pada ikan junior yang masih bersaiz kecil. Kunci utama cara groom ikan laga ini adalah untuk membesarkan saiz dengan meletakkan ikan laga ditempat yang lebih luas dan besar. Sifat semulajadi ikan laga akan membesar apabila berada di tempat yang besar. Jika ikan laga berada di tempat yang kecil, proses tumbesaran ikan laga akan menjadi lambat berbanding di tempat yang besar.

Selain itu, makanan juga antara faktor penting untuk mencepatkan tumbesaran ikan laga. Berikan makanan hidup yang tinggi protein sepanjang proses grooming saiz.

Cara Groom Ikan Laga untuk Cerahkan Warna

Cara groom ikan laga untuk warna ini adalah groom yang paling ramai peternak buat pada ikan laga. Menaikkan warna ikan laga dengan grooming. Dalam cara groom ikan laga ini, kunci utama adalah kualiti air ikan laga itu sendiri. Ikan laga akan lebih cantik dan menyerlah secara semulajadi apabila dijaga dengan baik dan sihat. Pastikan campuran wajib untuk membuat air ikan laga iaitu garam biru dan daun ketapang digunakan. 

Selain itu, boleh juga menggunakan produk-produk yang khas digunakan sebagai cara groom ikan laga warna ini. produk-produk ini boleh didapati di shopee dan kedai-kedai ikan hiasan.

Cara Groom Ikan Laga untuk Lebih Agresif

Cara groom ikan laga untuk lebih agresif ini kunci utama adalah meletakkan ikan laga ditempat yang gelap dalam tempoh beberapa hari. Antara teknik yang biasa digunakan ialah dengan menanam bekas yang berisi ikan laga ke dalam tanah. Perhatikan jika ikan laga menghasilkan buih di dalam bekas itu tanda ikan laga sudah dominan dan ingin menjaga kawasannya, tanda groom sudah berjaya.

Tips Cara Groom Ikan Laga

Dalam proses groom ini ikan laga mestilah berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Terutamanya kualiti air ikan laga haruslah berada dalam keadaan baik. Tempoh masa untuk setiap groom bergantung kepada ikan dan pemilik ikan. Jika ikan laga sudah menunjukkan tanda warna yang menyerlah, saiz yang makin besar, dan makin agresif itu tanda groom sudah berjaya. Selamat mencuba!

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Kredit Youtube : Kalawon Betta

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top