10 Tips Cara Menjaga Ikan Laga Dengan Betul

Tanda ikan laga stress wujud adalah disebabkan cara menjaga ikan laga yang kurang baik. Ikan Laga adalah antara ikan peliharaan yang tidak sukar untuk dijaga memandangkan habitat asal ikan ini adalah tinggal di air tawar. seperti ikan-ikan air tawar yang lain, tapi ramai yang mengambil mudah sehinggakan berlakunya kematian dan jangkitan penyakit ikan laga

Dalam artikel ini membincangkan 10 tips dan cara menjaga ikan laga anda dengan betul. 

Elakkan meletak ikan laga yang berlainan dalam satu tangki (kecuali jika dibesarkan sejak kecil)

Ikan laga apabila menjangkau usia matang akan bertindak agresif sesama sendiri. Ini kerana ianya ialah sifat semulajadi spesis ikan laga yang suka bertarung dan boleh membawa kematian ikan lain. Ikan laga jantan akan mempunyai sifat dominan dan jika diletakkan sekali bersama ikan jantan lain. Malah ada sesetengah kes yang ikan jantan juga mencederakan ikan laga betina yang lain. Akibatnya ikan laga yang cedera akan kelihatan sakit kerana bahagian ekornya yang koyak, tanda ikan laga stress. 

Namun begitu, ikan laga hanya boleh diletakkan sekali bersama jika ikan laga itu betina sahaja, atau ikan laga itu dibesarkan dalam satu bekas tangki sejak kecil/menetas, dengan syarat jangan sesekali pernah asingkan daripada kelompok yang menetas, ini kerana sekali diasingkan dan diletakkan semula ikan laga ini akan mula bertarung sesama sendiri.

Meletak ikan laga di tangki/akuarium yang baik dan sesuai

Berdasarkan pengalaman kami dalam menternak ikan laga, antara faktor utama dalam tumbesaran ikan laga ialah pastikan saiz tangki atau akuarium anda adalah bersesuaian dengan bilangan ekor ikan laga anda. Tangki yang salah akan menpengaruhi kualiti air dan ikan laga cepat stress lalu mudah berlakunya jangkitan penyakit dan kematian, jadi tangki yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan wujudnya tanda ikan laga stress

Pastikan juga bekas ialah yang lusinar agar kita boleh melihat dan memerhati keadaan ikan laga, jangan sesekali meletakkan di dalam tin yang lama kelamaan akan berkarat apabila terkena air.

Hias dengan tumbuhan agar kelihatan seperti habitat semujadi ikan laga

Seperti sedia maklum jenis ikan laga adalah ikan yang berasal dari habitat air tawar tropika, jadi untuk memastikan ikan laga sihat tanpa stress haruslah menghias tangki/aquarium dengan tumbuhan akuatik. Selain itu juga, tumbuhan akuatik ini berfungsi untuk memproses bahan buangan ikan ini sebagai baja untuk hidup, apabila sisa dari ikan digunakan untuk baja tumbuhan akuatik, makan air di dalam akuarium/tangki juga akan lebih bersih dan berkualiti. 

Namun harus diingat elakkan meletak terlalu banyak tumbuhan untuk akuatik, letak juga cahaya untuk tumbuhan itu hidup. Selenggara tumbuhan akuatik dengan baik agar kelihatan cantik dan baik untuk ikan.

Makanan yang berkualiti untuk ikan laga

Ikan laga adalah haiwan karnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil di dalam air tawar, jadi berikan makanan yang sesuai seperti habitat asalnya. Peternak ikan laga yang baik akan menternak juga makanan ikan laga secara sendiri, jadi proses stok makanan lebih mudah dan jimat berbanding membeli makanan di kedai yang memerlukan kos. makanan yang baik ini juga membantu apabila wujudnya tanda ikan laga stress , dengan memberikan makanan yang lebih protein kepada ikan laga.

Letak bersama daun ketapang untuk ikan laga

Daun ketapang adalah tidak asing lagi bagi yang sudah biasa memelihara ikan laga, ini kerana daun ketapang mempunyai kelebihan untuk menurunkan kadar pH dalam air yang mempunyai kadar alkali yang tinggi. Selain itu daun ketapang juga mempunyai kelebihan untuk membunuh bakteria dalam air, anti-fungi, sebagai agen anti-kulat, dan juga sebagi tonik untuk air di dalam akuarium. Disebabkan manfaat-manfaat daun ketapang ini akan mengurangkan tanda ikan laga stress dan menjadikan ikan laga aktif di dalam air. Boleh di perhatikan ikan ikan laga ini akan bermain dan aktif apabila diletakkan daun ketapang bersama di dalam air.

Asid organik seperti humik dan tanin dari daun ketapang ini berfungsi untuk menurunkan kadar pH, bukan itu sahaja, asid ini juga akan menyantoksik zink, aluminium, dan kuprum di dalam air. Air rendaman daun ketapang ini juga banyak digunakan sebagai air rendaman untuk ikan laga yang mengalami penyakit atau sakit. Nasihat kami sangat mencadangkan penggunaan daun ketapang ini, lebih jimat.

Hias akuarium dengan hiasaan semula jadi seperti kayu, pasir dan batu

Seperti kami ulas di atas, cara penjagaan terbaik baik bagi ikan laga adalah dengan meniru habitat semulajadi ikan laga itu sendiri, pastikan juga agar kelihatan cantik dan sesuai sebagai haiwan ternakan untuk perhiasan rumah anda. Anda boleh meletakkan kayu, batu dan pasir di dalam akuarium ikan laga anda. Semua peralatan ini anda boleh dapatkan di kedai kedai haiwan ternakan terdekat anda. Selain kelihatan cantik ia juga boleh risiko tanda ikan laga stress di dalam akurium

Jaga kualiti air di dalam akuarium

Harus ingat bahawa hampir kesemua masalah penyakit melibatkan ikan laga adalah disebabkan pengurusan air yang lemah, menjadikan air kotor dan mudah terkena penyakit. Seeloknya tukar air 2 ke 3 kali seminggu bergantung bilangan ekor ikan dalam satu tempat dan kadar pencemaran semasa. Aktiviti ini ibarat wajib bagi penternak ikan laga bagi memastikan ikan laga anda terus sihat. Jika mempunyai tumbuhan akuatik, boleh selangkan lagi pertukaran air ini kerana air akan diproses secara semulajadi oleh tumbuhan tersebut.

Kepetingan garam untuk air

Kadar pH yang terlalu alkali tidak sesuai untuk ikan laga, jadi pastikan anda menggunakan garam pada kadarnya sahaja bagi mengelakkan kesan sampingan pada ikan laga. Garam ini digunakan secara meluas dalam merawat air ikan laga. Selain itu juga, garam juga digunakan untuk merawat salah satu penyakit yang sering berjankit pada ikan laga iaitu Fish Fungus. Ikan laga yang terkena penyakit ini akan timbul satu sesawang di bahagian insang. Jika ikan anda ada sesawang di insang elok asing kan dan letak di air yang telah dirawat dengan garam. Pastikan guna memilih garam yang terjual di kedai kedai haiwan ya.

Kualiti air untuk ikan laga

Ya anda boleh menggunakan air klorin rumah anda, tapi pastikan dahulu anda letak anti-klorin bagi mengelakkan kesan sampingan pada ikan. Jika guna air penapis lebih baik tapi tidak praktikal untuk menggunakan penapis air cuckoo dan coway. Yang paling mudah dan jimat ialah dengan menadah air paip rumah anda dalam seminggu, ini untuk membiarkan klorin dan karat turun di dasar takungan anda, maka anda akan dapat air yang bersih dari sebarang campuran kimia. Selain tu air hujan juga baik untuk ikan laga.

Jadual pemakanan harian

Paling terakhir adalah melibatkan jadual harian, iaitu melibatkan makanan. Pastikan jangan terlalu memberi ikan makan yang banyak dalam satu masa, ini kerana lebihan makanan ini akan menyebabkan air cepat kotor dan bertoksik. Selloknya beri secara berkala pada jumlah yang kecil dan sesuai dengan ikan anda.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Kesimpulan

Secara ringkasnya untuk memelihara ikan laga sebenarnya tidak sukar dan lebih kurang sama seperti ikan ikan lain, cuma yang penting perlu rajin dan mengurus kualiti air dan menyediakan makanan yang baik bagi ikan laga anda. Pengurusan yang baik dan cermat akan manjedikan ikan sihat dan cantik, bila ikan perhiasan cantik akan memberi pemandangan yang cantik di dalam rumah anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version