Punca ikan laga mati

Punca Ikan Laga Mati & Jangka Hayat Ikan Laga Tanpa Makanan

Punca ikan laga mati ialah perkara yang perlu diteliti apabila berlakunya kematian ikan laga agar tidak merebak ke ikan-ikan lain. Ikan laga adalah antara ikan tropika air tawar yang paling popular di luar sana. Ikan ini terkenal kerana mempunyai badan yang cantik,sirip dan warna yang menyerlah. Baka asli ikan laga boleh didapati di sekitar kawasan air tawar. Bukan itu sahaja, ikan laga juga terkenal untuk dijadikan sebagai ikan untuk bertarung. Untuk pengetahuan anda, jangka hayat ikan laga tanpa makanan boleh hidup selama 3 ke 4 hari. 

Namun, ikan laga juga tidak terlepas daripada mengalami kematian dan jangkitan penyakit seperti ikan-ikan lain. Di dalam artikel ini membincang kan mengenai punca ikan laga mati dan penyakit ikan laga yang biasa dialaminya.

Punca ikan laga mati

Punca Ikan laga mati

Berikut adalah beberapa punca ikan laga mati :

  1. Air ikan laga: Kualiti air yang bersih adalah penting dalam penjagaan iakan laga.
  2. Suhu air ikan laga: Ikan laga adalah ikan tropika dan memerlukan suhu air antara 75 hingga 80 ° F.
  3. Makanan ikan laga: Makanan berlebihan boleh membunuh ikan anda.
  4. Ikan laga berlawan: Berpunca daripada campuran ikan laga yang menyebabkan berlakunya pergaduhan.
  5. Ikan laga stress: Terdapat banyak masalah boleh menyebabkan tekanan pada ikan laga, termasuk beberapa perkara yang mungkin tidak pernah anda bayangkan.
  6. Penyakit dan genetik ikan laga: Penyakit dan masalah keturunan juga boleh memendekkan hidup ikan.

Air ikan laga

Kualiti air yang kotor adalah salah satu sebab menyebabkan punca ikan laga mati. Namun harus diingat bukan sahaja kotor tapi kandungan bahan kimia yang terdapat dalam air juga boleh mengakibat kan punca ikan laga mti. Sisa kimia ini berkemungkinan berpunca daripada sisa makanan dan ikan yang mati yang tidak dimakan habis di dalam akuarium.

Asal usul ikan laga mempunyai daya tahan hidup yang kuat. Ini kerana mereka dalam kalangan kumpulan anabantid. Ikan laga mempunyai kemampuan untuk mengambil tegukan udara walaupun keadaan air dan tercemar atau kurang oksigen.

Tapi malangnya, ramai yang memelihara ikan laga yang mengambil ringan akan soal kebersihan dan menjadi punca ikan laga mati. Air yang tidak ditukar dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan teruk pada ikan laga. Seterusnya air yang kotor ini akan memberi kesan buruk pada sirip, badan dan ekor pada ikan, serta lebih teruk akan menyebabkan kematian ikan disebabkan stress.

Berikut adalah empat perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan keadaan ini:

  1. Pilih tangki yang besar, sekurang-kurangnya 5 galon untuk ikan laga anda. Tempat yang luas ini bukan sahaja selesa untuk ikan bahkan mudah untuk dijaga dan dibersihkan.
  2. Gunakan penapis air. Ya, ikan laga memerlukan penapis air di tangki. terdapat banyak penapis nano di luar sana yang boleh digunakan. Sekiranya anda menggunakan tangki 10 galon lebih, anda memerlukan lebih banyak filter pada tangki.
  3. Tukar air secara kerap. lakukan perubahan air secara berkala. Asing dan buang sebarang serpihan, sisa makanan pada tangki bagi mengelakkan air tercemar.
  4. Uji kaji air. Pastikan juga uji kaji kandungan dalam air akuarium anda. Untuk menguji anda memerlukan test kit yang boleh didapati di shopee atau kedai kedai ikan.

Suhu air ikan laga

Sebilangan orang berpendapat bahawa ikan laga ini seperti ikan mas, boleh diletak di dalam akuarium yang mempunyai suhu yang sama. Namun harus diingat, ikan emas memerlukan air yang lebih sejuk, tetapi ikan laga adalah dari ikan tropika. Oleh itu, mereka memerlukan suhu air antara 75 hingga 80 darjah.

Air yang terlaju sejuk akan menjadi punca ikan laga mati , ikan laga akan mengalami tekanan, penyakit dan kematian pra matang. Walaupun anda berada di tempat yang cuaca panas, air dalam akuarium akan menurun dengan cepat pada waktu malam.

Jadi, apa yang anda boleh buat?

  1. Pilih tangki yang luas.sekurang-kurangnya tangki 5 galon. Isipadu tangki yang luas ini boleh melambatkan proses penurunan suhu pada air. 
  2. Gunakan pemanas air. Seperti penapis, terdapat versi nano yang boleh digunakan untuk tangki 5 galon.
  3. Pantau suhu air. Sediakan Termometer akuarium untuk mengukur suhu air secara berkala.
Punca ikan laga mati

Makanan ikan laga

Seperti Ikan ikan lain, ikan laga juga memerlukan makanan yang sihat untuk hidup.Ini bermakna ikan laga memerlukan palet yang berkualiti tinggi beserta rawatan penyakit. Namun kesalahan yang paling ramai dibuat ialah terlalu memberi makanan dalam tangki ikan, lebihan makanan yang tidak dimakan ini akan menjadi punca ikan laga mati dan jika dibiarkan lebih lama akan mengakibatkan air menjadi beracun pada ikan.

Berikut adalah empat perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan keadaan ini:

  1. Beri makan ikan sekali sehari sahaja. Pastikan jumlah makanan yang diberikan sesuai dengan jumlah ikan dalam tangki. Elakkan makanan terbiar dalam jangka masa yang lama di dalam air.
  2. Hari puasa. Amalkan hari puasa, sehari seminggu.
  3. Cuci dan tukar air secara kerap. Tetapkan jadual untuk mencuci tangki dan menukar air ikan laga anda.

Ikan laga berlawan

Ikan laga boleh diletakkan di dalam tangki bersama ikan ikan yang lain, tapi pastikan ikan yang diletakkan bersama ialah ikan yang tertentu sahaja, ini kerana ikan ikan ini boleh menyebabkan punca ikan laga mati disebabkan berlawan sesama sendiri terutamanya ikan yang sirip seperti Ikan dominan jantan. 

Ikan laga adalah Ikan yang bersaiz kecil dan bergerak perlahan berbanding ikan ikan air tawar yang lain. Ini akan mengakibat kan ikan laga diganggu oleh ikan ikan yang lebih besar, dan siripnya boleh dimakan/di gigit oleh ikan ikan kecil. Kesannya ikan laga akan mengalami stress yang tinggi di dalam akuarium anda.

Jadi bagaimana kita mengelakkan masalah ini

  1. Sediakan tangki yang luas. Jangan sesekali menyimpan ikan laga beserta ikan lain dalam tangki yang sempit.
Punca ikan laga mati

Ikan laga stress

Seperti yang sedia maklum di atas, kualiti air yang teruk boleh menjadi punca ikan laga mati, makanan yang berlebihan, suhu air yang sejuk, dan keadaan sekeliling yang berbahaya, semua ini bukan sahaja akan memberi kerosakan pada fizikal, tapi boleh menyebabkan ikan laga berada dalam keadaan stress yang berterusan, berkemungkinan boleh mengakibat kan kematian. 

Antara sebab sebab lain stress pada ikan laga ialah pantulan cermin akuarium yang menyebabkan ikan laga rasa seperti terdapat dominan jantan lain berhadapan, makan akan menyebabkan ikan laga berada dalam stress sepanjang masa.

Terdapat beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan, antaranya

  1. Letak tempat sembunyi atau batu. Pastikan di dalam akuarium terdapat batu batu atau gua yang boleh dijadikan tempat sembunyian untuk mengelak dari ancaman.
  2. Sesuaikan cahaya di dalam bilik. Ubah suai cahaya di sekitar bilik dan akuairum bagi mengelakkan pantulan bayang ikan laga di akurium.

Penyakit dan genetik ikan laga

Secara ringkasnya faktor faktor di atas tadi boleh wujudnya penyakit penyakit pada ikan laga yang boleh menjadi punca ikan laga mati, maka langkah pencegahan harus di titik berat sepanjang memelihara Ikan laga ini kerana jika Ikan laga telah dijangkiti penyakit agak sukar untuk menyembuhnya, kecuali dirawat pada peringkat awal sahaja.

Bagi genetik ikan laga, anda tiada pilihan untuk memelihara Ikan yang mempunyai genetik yang baik atau tidak, ini kerana semuanya bermula dari kacukan dan baka dari induk ikan ikan laga tersendiri. Dalam hal ini di cadangkan anda memilih ikan laga yang tidak terdapat secara liar kerana terdapat baka ikan laga yang telah dikacukkan sesama baka lain dan menghasil kan genetik yang lebih kuat.

Punca ikan laga mati

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Kesimpulan

Dalam memelihara ikan laga anda perlulah menitik beratkan langkah langkah pencegahan dan rawatan bagi memastikan ikan laga anda berada dalam keadaan sihat dan mampu menghasil kan baka baka yang baik dan berkualiti. Sekian terima kasih.

error: Content is protected !!
Scroll to Top