Makanan Ikan Laga Agar Cepat Besar

Makanan Ikan Laga Agar Cepat Besar

Bagi memastikan ikan laga membesar dengan baik dan sihat, peternak harus tahu makanan ikan laga agar cepat besar. Kegagalan dalam menyediakan makanan yang berkualiti adalah satu faktor kenapa ikan laga mati, malah stok makanan ikan laga ini harus disediakan sebelum memulakan ternakan ikan laga lagi. 

Berikan makanan yang kaya protein

Terdapat 2 jenis makanan ikan laga yang boleh diberikan setiap hari. Kunci utama untuk membesarkan ikan laga ini adalah dengan memberi makanan yang kaya dengan protein. Ini disebabkan ikan laga semujadinya adalah ikan karnivor di habitat asal. 

2 jenis makanan ikan laga

  • Makanan hidup ikan laga
  • Makanan pallet ikan laga

Makanan hidup adalah makanan ikan laga yang paling bagus diberikan berbanding makanan pelet kerana itu adalah makanan semulajadi ikan laga.

Makanan hidup ikan laga

Cacing sutra 

Cacing sutra adalah makanan semulajadi terbaik untuk ikan laga. Ini kerana cacing ini mempunyai kandungan protein yang tinggi sesuai untuk keperluan ikan laga. Apa yang menariknya cacing sutra untuk ikan laga ini boleh dibeli dalam keadaan beku. Anda hanya perlu campurkan air kosong sahaja untuk nyah beku dan boleh diberikan kepada ikan laga anda.

Anda boleh melihat cacing beku untuk ikan laga yang dijual di shopee di sini : https://shp.ee/tkrbm6q

Jentik-jentik

Jentik-jentik juga adalah makanan yang bagus untuk tumbesaran ikan laga. Sama seperti cacing sutra, jentik-jentik ini mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tambahan, jentik-jentik juga makanan hidup yang mudah ditemui dan diternak.

Artemia atau udang air

Bagi peternak ikan hiasan sudah pasti biasa mendengar udang air atau artemia untuk ikan laga. Artemia ini adalah antara makanan anak ikan laga yang bagus. Artemia ini juga boleh didapati dalam bentuk telur dalam tin, jadi hanya perlu campurkan air untuk tetaskan udang air sebelu diberi makan kepada ikan laga.  

Anda boleh melihat Artemia untuk ikan laga yang dijual di shopee di sini : https://shp.ee/k89kun8

Makanan pallet ikan laga

Pallet ikan laga terbaik

Jika anda sukar untuk memperoleh makanan hidup untuk ikan laga, anda boleh juga boleh memberikan pellet ikan laga. Pelet terbaik untuk ikan laga membesar dengan cepat adalah pelet yang mempunyai kandungan protein yang tinggi, maka anda mesti periksa terlebih dahulu sebelum membeli. 

Kini terdapat banyak jenis pelet di pasaran, anda dicadangkan membeli pelet untuk ikan laga ini di shopee memandang kan terdapat review-review dari pembeli lain yang boleh dinilai, tambahan di shopee juga selamat daripada penipuan. 

Senarai pallet ikan laga terbaik di shopee : https://shp.ee/qpcx2hq

Telur kuning untuk ikan laga

Selain memberi memberi makan artemia, anak ikan laga juga boleh diberikan telur kuning untuk mempercepat kan tumbesaran. Namun telur kuning untuk ikan laga ini sangat tidak digalakkan kerana menyebabkan air cepat kotor dan busuk. Tapi kelebihan kuning telur ini adalah mudah didapati, murah dan sumber protein yang tinggi, maka eloklah diberi sekali dua seminggu sahaja.

Akhir kata

Terdapat beberapa cara untuk membesarkan saiz ikan laga, salah satunya adalah memberi makanan ikan laga agar cepat besar. Secara asasnya untuk membesarkan saiz ikan laga dengan cepat anda sebagi penternak mesti memberikan makanan yang tinggi protein kepada ikan laga sama seperti makanan di habitat asal ikan laga itu sendiri. Selamat mencuba!

Scroll to Top
Scroll to Top