Garam biru adalah garam yang tidak asing lagi dalam menternak ikan hiasan air tawar. Dalam ternakan ikan laga garam biru ini digunakan secara meluas sebagai campuran di dalam air ikan laga. Namun adakah anda tahu khasiat garam biru untuk ikan laga?
Fungsi utama garam biru ini adalah sebagai antibakteri dan anti fungi untuk air ikan hiasan air tawar. Selain itu garam ini juga bertindak untuk mengawal kualiti air ikan hiasan. Garam ini akan membunuh parasit dan bakteria yang ada di dalam air dan akuarium ikan. Hendaklah mencampurkan garam akuarium untuk ikan laga ini setiap kali proses menukar air akuarium. Elakkan mencampurkan garam biru ini secara berleban kerana akan membahayakan ikan laga. Terdapat banyak kes ikan laga mati disebabkan garam biru diletakkan terlalu banyak ke dalam air. Satu sudu garam biru untuk 1 bekas akuarium sudah memadai.
Dalam ternakan ikan laga garam biru adalah antara asas utama untuk buat air ikan laga.Garam kasar untuk ikan laga ini boleh didapati di kedai ikan hiasan dan boleh juga membeli secara dalam talian dengan harga yang sangat murah.
Khasiat garam biru untuk ikan laga
- Sebagai antibakteri dan antifungi
- Ikan akan lebih cergas
- Merawat air ikan
- Air ikan akan lebih jernih
- Membunuh bakteri dan parasit pada akuarium
- Mencegah ikan laga daripada jangkitan penyakit
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
Kredit : Youtube BEE ONE SERVICES
Semoga bermanfaat!