Table of Contents
Pokok daun ketapang adalah antara nama pokok yang tidak asing bagi peternak ikan hiasan, malah hampir kesemua peternak ikan laga ini menggunakan daun ketapang kering sebagai medium untuk memeram air dan merawat ikan laga masing masing. Namun tahukan anda kebaikan daun ketapang untuk ikan laga? Di dalam artikel kali ini menerangkan serba ringkas berkenaan pokok ketapang ini.
Pohon ketapang adalah pohon yang hidup di asia tenggara termasuklah negara malaysia, spesis pokok ini hidup meliar di kawasan tepi pantai. Namun pokok ketapang ini juga boleh hidup di mana-mana tanah, ia ditanam kerana mempunyai daun yang lebat dan saiz rendang daunnya yang besar dan luas sesuai untuk tempat berteduh. Bentuk dahannya yang berselang seli dan berjambak membuatkan pokok ini nampak cantik.
Kebaikan daun ketapang untuk ikan laga
Sedia maklum daun ketapang kering sangat diguna pakai secara meluas untuk meratwa air ikan. Ini kerana ketapang ini mempunyai zat-zat yang boleh menurunkan kadar pH air yang beralkali. Selain itu zat zat dari pati ketapang ini boleh merawat air contohnya sebagai anti-fungus dan anti kulat.
Manfaat air peram ketapang untuk ikan laga
- Sebagai nyah kuman, nyah bakteria,nyah fungi semulajadi untuk air
- Merawat luka pada ikan laga yang mengalami luka
- Mencegah anak ikan laga yang baru menetas daripada sakit
- Memberi air yang sama seperti habitat asal ikan laga yang liar
- Menggalak pertumbuhan warna dan ekor yang cantik
- Mengelakkan ikan laga dari stress
Disebabkan sifat semulajadi pokok ketapang ini yang baik untuk air ikan. Maka ramai penggemar Ikan hiasan menggunakan manfaat ketapang ini sebagai cara mudah, jimat dan selamat untuk membesarkan ikan hiasan.
Air yang sesuai untuk ikan laga
Hampir kesemua penyakit-penyakit ikan laga adalah berpunca daripada air yang kurang berkualiti, yang menjadikan wujudnya parasit dan bakteria yang terdedah kepada ikan laga. Jadi penggunaan khasiat ketapang ini adalah satu cara baik untuk merawat air ikan manjadikan ikan lebih sihat dan kurang sakit. Air peram ketapang ini juga digunakan secara meluas untuk merawat ikan yang telah sakit. ikan -ikan laga yang sakit akan diasingkan dari ikan lain dan diberikan air rendaman daun ketapang. Khasiat dari zat-zat ketapang ini boleh merawat ikan laga yang cedera dan sakit.
Cara buat air daun ketapang
Untuk membuat air peram ketapang tidaklah sukar, boleh ikut langkah-langkah di bawah:
- Kutip daun ketapang dang sudah kering dan gugur dari pokok ketapang. Boleh ambil sebanyak mungkin untuk proses sekali buat dan simpan sebagai stok.
- Masukkan ke dalam air dan rendam selama 1 ke 2 jam, jangan rendam terlalu lama kerana zat-zat ketapang akan turut keluar. Rendam hanya untuk bersihkan ketapang dari bendasing seperti pasir, habuk, atau serpihan-serpihan yang boleh memudaratkan ikan laga.
- Selesai rendam dan bersihkan, buang air yang tercemar tadi dan jemur daun ketapang tadi hingga kering. Akhir sekali anda akan peroleh ketapang yang kering, empuk dan lebih bersih untuk ikan laga anda.
- Daun ini anda boleh simpan untuk digunakan kemudian hari.
Daun ketapang ready made di shopee
Jika anda sukar untuk memperoleh bekalan daun ketapang untuk diproses membuat air ketapang, kami cadangkan anda membuat pembelian dalam talian di shopee kerana sekarang sudah ada yang menjual produk ketapang, malah anda boleh juga membuat pembelian air peram ketapang ready made di shopee
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
Untuk yang bercadang untuk menternak ikan laga kami sangat cadangkan anda dapatkan stok air peram ketapang ini kerana di malaysia ketapang ini sangat mudah didapati dan yang penting ia boleh merawat ikan laga dan air secara semulajadi tanpa bahan kimia dan jugak jimat. selamat mencuba!