Table of Contents
Jika anda seorang pembiak ikan laga @ breeder anda sudah pasti biasa mendengar F1,F2,F3 dan seterusnya. Namun bagi individu yang baru nak membiak ikan laga pastinya tertanya-tanya maksud F itu sendiri. Di dalam artikel kali ini akan kongsikan maksud F1,F2,F3 dan apa tujuannya dalam membiak ikan laga.
Maksud F1
Gabungan huruf F dan nombor adalah salah satu term yang digunakan dalam proses pembiakan ikan laga. F1, F2,F3 dan seterusnya adalah bermaksud generasi ke generasi ikan laga itu sendiri
F1 = Generasi Pertama
F2 = Generasi Kedua
F3 = Generasi Ketiga
Maksud F itu adalah singkatan bagi perkataan filial.
Filial
“relating to or due from a son or daughter.”
Maksud P0
Selain itu, ada satu lagi term yang digunakan di dalam breeding iaitu P0. P0 ini adalah rujukan kepada induk generasi F1. P bermaksud Parent.
Syarat untuk induk P0 adalah induk jantan dan betina mestilah datang dari jalur generasi yang berbeza. Tidak boleh dari adik beradik atau datang dari generasi induk yang sama. Induk mestilah berbeza jalur generasi.
Ini asas dalam mengenalpasti genetik induk ikan laga. Biasanya breeder akan membiak induk P0 hingga ke F5 atau F8. Jika anda masih baru, anda boleh sahaja membiak induk dari generasi yang sudah sediada. Contohnya anda membeli induk dari kedai yang sama dan ia pada generasi F2, maka anda hanya perlu teruskan sahaja sabung generasi ke F3,F4 dan F5.
Kredit : Youtube Kalawon Betta