Table of Contents
Beza ikan laga jantan dan betina? susah ke? Jika anda ingin bercadang untuk membiak ikan laga samada untuk memelihara ataupun ingin menjual telur ikan laga , terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bagi memastikan proses cara pembiakan ikan laga berjalan dengan baik dan lancar. Salah satunya ialah memilih induk yang sudah matang dan bersedia untuk berkahwin. Dalam artikel kali ini akan membincangkan pemilihan induk jantan dan betina untuk proses kawin ikan laga.
Ciri – ciri ikan laga jantan matang
Berikut adalah ciri – ciri ikan laga jantan matang :
- Saiz badan 2 inci dan ke atas. Saiz 2 inci ke atas ini tanda ikan sudah cukup besar
- Ekor mengembang,panjang dan menyerlah. Ikan laga jantan mempunyai ekor yang lebih cantik dan menyerlah dari ikan laga betina
- Warna lebih terang dan pekat. Ikan laga jantan mempunyai ciri-ciri warna yang terang
- Bentuk badan yang slim dan tidak buncit.
- Boleh membuat sarang buih. Tanda paling utama dalam pemilihan induk jantan adalah boleh membuat sarang buihnya.
Ciri – ciri ikan laga betina matang
Berikut adalah ciri – ciri ikan laga betina matang :
- Ekor pendek dan membulat. Ekor induk betina lebih pendek daripada ekor pejantan
- Warnanya yang pudar dan tidak pekat. Induk betina mempunyai warna yang pudar berbanding induk pejantan
- Perut yang membulat dan buncit.
- Terdapat biji telur di bawah perut. Biji telur di bawah perut adalah tanda utama yang ikan laga bertelur dan sesuai untuk proses kawin