Table of Contents
Bekas ikan laga adalah antara alatan penting dalam menternak ikan laga ini. Ramai yang ambil mudah di dalam pemilihan balang ikan laga dan menyebabkan berlakunya masalah di kemudian hari. Terdapat beberapa jenis bekas yang boleh digunakan untuk menternak ikan betta ini. Jom, kali ini kami kongsikan info dan tips pemilihan bekas untuk ikan laga anda.
Bekas Mempengaruhi Tumbesaran Ikan Laga
Bagi peternak yang sudah mahir pasti tahu akan hal ini, saiz tempat ikan dibesarkan sebenarnya mempengaruhi kadar tumbesaran ikan laga itu sendiri. Jika bekas ikan itu kecil, maka tumbesaran ikan laga di dalamnya juga kecil @ terbantut.
Maka, bagi memastikan tumbesaran ikan laga anda cepat dan normal anda perlu memindahkan bekas yang kecil kepada saiz yang lebih luas dan besar. Selain itu, kawasan yang luas juga akan merendahkan resiko ikan terkena penyakit berjangkit.
Balang Ikan Laga Murah
Dalam proses tumbesaran, anda mestilah menyediakan balang ikan laga yang sesuai dengan umur dan peringkat ikan laga itu. Contohnya balang untuk fry mestilah berbeza dengan balang individu dan sebagainya. Disini kami kongsikan beberapa bekas ikan laga murah yang jimat untuk anda beli di Shopee, jangan lupa tekan butang Promo Shopee ya..
Bekas Ikan Laga Plastik
Balang ikan laga ini sesuai untuk dijadikan balang ikan individu. Dengan reka bentuk yang simple, ringan, dan yang paling penting murah, ia boleh digunakan beberapa kali dengan sekali beli sahaja.
Dengan saiz yang separa kecil, ia sudah cukup untuk menempatkan seekor ikan betta anda yang telah dewasa (umur 3 bulan ke atas) di dalamnya. Ia juga sesuai sangat mudah untuk dibersihkan apabila perlu. Untuk pembelian boleh tekan butang promo shopee di bawah ye..
Bekas Ikan Laga Kaca
Jika anda mencari bekas untuk perhiasan di dalam rumah, anda boleh sahaja menggunakan akuarium yang saiz besar. Bekas ikan laga kaca ini boleh juga digunakan untuk kawinkan induk ikan laga dan sebagai kolam peralihan fry untuk lebih besar.
Anda juga boleh dapatkan akuarium besar ini dengan murah di Shopee sahaja. Pastikan anda betul-betul berpuas hati dengan review yang ditinggalkan oleh pembeli yang sebelum ini ya, untuk melihat review pembeli boleh tekan butang Shopee di bawah.
Penghadang Akuarium
Selain bekas ikan laga, anda juga memerlukan penghadang bagi mengelakkan ikan laga anda saling “berlaga” antara balang. Jika anda menggunakan bekas individu, penghadang ini wajib diletakkan kerana ikan laga akan sentiasa rasa terancam apabila melihat ikan laga lain walaupun berasingan bekas.
Untuk mencari penghadang yang baik dan berkualiti anda boleh terus tekan butang Shopee di bawah untuk terus ke laman penjual. Anda boleh dapatkan penghadang yang berkualiti ini dengan harga bawah RM1.00 sahaja. Lebih jimat dengan pembelian kuantiti yang banyak.
Akhir Kata
Untuk mencari balang ikan laga murah kini tidaklah sukar kerana dengan pembelian secara dalam talian di Shopee contohnya, anda sudah boleh dapat penjual balang ikan dengan harga yang murah sahaja. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk mendapatkan balang ikan laga yang bagus untuk ikan laga giant anda.