Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

13 Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

Ikan air tawar adalah antara ikan perhiasan yang mudah dijaga jika dibandingkan dengan ikan air masin. Ini kerana, keperluan air tawar itu sendiri yang lebih mudah didapati berbanding air masin laut. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa jenis ikan hiasan yang mudah dijaga dan dibesarkan.

Terdapat banyak jenis ikan air tawar yang mudah dijaga yang terdapat di kedai ikan hiasan. Disini kami kongsikan beberapa jenis yang popular dalam kalangan peminat ikan hiasan di Malaysia.

Ciri-ciri ikan hiasan mudah dijaga:

  • Jangka hayat lebih lama
  • Tahan penyakit berjangkit
  • Jenis omnivor
  • Boleh hidup tanpa bantuan aeration

Ikan Betta @ Ikan Laga

Ikan Laga Koi

Sudah pastinya ikan hiasan yang paling terkenal di seluruh dunia iaitu ikan laga @ betta fish. Ikan ini berasal daripada habitat air tawar di benua asia tenggara, kebanyakannya berada di kawasan hilir sungai di sekitar batu, daun dan bawah mohon sungai. Ia sangat aktif apabila berada di dalam bekas ikan laga yang dipelihara untuk komersial. 

Secara semulajadinya ikan laga ini tahan lasak kerana boleh hidup di habitat yang terdedah dengan pelbagai risiko. Maka oleh itu, ikan ini sangat ideal untuk dijadikan ikan hiasan yang mudah untuk dijaga di rumah anda.

Ikan Guppy

Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

Jenis ikan hiasan seterusnya adalah ikan guppy. Ikan ini sama seperti ikan laga, sangat popular dalam kalangan peminat ikan hiasan di seluruh dunia. Ia juga boleh hidup di kawasan air tawar yang kosong sahaja. Malahan, ikan ini juga boleh membiak dengan sendiri dan banyak sekali tanpa perlu pengawasan pemilik ikan sendiri.

Ikan Koi

Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

Bagi anda yang mempunyai sedikit bajet yang lebih, anda boleh memelihara ikan koi juga. Tidak seperti ikan hiasan lain, ikan koi ini memerlukan bajet yang sedikit besar berbanding yang lain. Namun ikan ini juga boleh hidup dalam tempoh masa yang lama dengan pengawasan yang minima sahaja.

Kelebihan utama ikan ini adalah boleh hidup dengan kualiti air yang sederhana sahaja. Maka ini setidaknya boleh menjimatkan tenaga dan masa anda untuk penyelenggaraan anda ketika di rumah. 

Ikan Mas

Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

Walaupun ada yang menyatakan ikan mas ini manja dan mudah untuk mati, namun ia masih boleh dikira sebagai ikan tahan lasak dengan pengawasan yang minima. Keunikan utama ikan mas ini adalah ia mempunyai fizikal yang menarik, seakan emas-keemasan.

Ikan Molly

Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

Ikan molly antara ikan hiasan yang turut popular di seluruh dunia yang boleh didapati dengan harga yang murah sahaja di kedai ikan hiasan. Ikan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ikan molly pendek dan ikan molly biasa.

Ikan molly ini juga turut dikenali sebagai Poecilia Sphenops adalah ikan yang berasal daripada Mexico, ikan ini mempunyai sifat yang lembut dan tenang ketika di dalam akuarium. 

Ikan Pleco (ikan bandaraya)

Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

Ikan bandaraya ini adalah jenis ikan yang banyak dilihat di kedai ikan hiasan. Terdapat banyak jenis ikan pleco ini namun keunikan utama ikan ini adalah pastinya bentuk badannya yang mempunyai lubang di bahagian bawah. 

Lubang ini tidak lain adalah untuk memakan sebarang jenis kotoran dan makanan di dalam akuarium ikan hiasan anda. Ini menjadikan bekas ikan anda lebih bersih dan cantik. 

Ikan Discus

Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

Ikan discus ini mempunyai keunikan dengan memiliki bentuk badan yang seperti ikan bawal, iaitu berbentuk seakan bulatan dan nipis. Ini menjadikan warna badan ikan ini lebih menonjol ditambah pula dengan variasi warna warni pada tubuhnya.

Ikan ini dikatakan berasal daripada sungai amazon dan mempunyai perilaku yang agresif, ia kurang sesuai untuk diletakkan bersama ikan-ikan hiasan lain yang lebih kecil. 

Ikan Platy

Ikan Perhiasan Yang Mudah Dijaga

Ikan seterusnya adalah jenis ikan platy, ikan ini sekali pandang seperti ikan guppy namun mempunyai kelainan dari segi corak dan warnanya. Ikan jenis ini sesuai untuk diletakkan bersama ikan hiasan lain kerana mempunyai perilaku yang tenang dan hidup berkelompok.

Rainbow Shark

Jika anda mencari ikan hiasan yang mempunyai warna yang menonjol selain ikan laga, maka ikan rainbow shark adalah pilihan terbaik anda. Mempunyai sirip yang berwarna merah terang dan badan yang sedikit gelap. 

Walaupun mempunyai warna yang terang dan cantik, ikan ini agak agresif apabila bersama dengan ikan yang lebih kecil darinya.

Ikan Gouramis

Sejenis ikan yang boleh diletakkan bersama ikan-ikan lain, ikan gouramis mempunyai saiz yang kecil sahaja. Ukuranya yang kecil sangat jelas apabila bersama-sama ikan lain di dalam akuarium. Ikan ini juga mempunyai warna yang menarik dan mudah untuk dijaga seperti ikan guppy.

Ikan Swordtail

Sejenis ikan hiasan yang seakan seperti ikan guppy, cuma terdapat sedikit perbezaan pada bahagian ekornya yang runcing seperti pedang. Ikan ini biasanya mempunyai warna merah pudar serta terdapat sedikit garisan hitam di bawah ekornya. 

Ekornya yang kelihatan seperti pedang inilah yang menjadikan ia dipanggil sword tail. Fungsi utama ekor yang tajam ini adalah untuk memikat pasangan di sekitarnya.

Ikan Tetra

Ikan hiasan yang popular dengan keunikan garisan warna neon di badannya. Ikan ini mempunyai ukuran yang kecil sahaja, namun sangat cantik apabila mempunyai garisan warna sekan neon sepanjang badannya. Ia juga mesra dengan ikan hiasan lain.

Ikan Tiger Barb

Ikan yang mempunyai badan yang seakan ikan bawal dan mempunyai corak seperti belang harimau. Ikan tiger barb ini mempunyai perilaku yang sangat agresif dan tidak mesra dengan ikan jenis lain. 

Namun begitu, ia adalah ikan hiasan yang sangat mudah diternak dengan memerlukan pemerhatian yang minima sahaja.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Akhir Kata

Pastinya terdapat banyak lagi jenis ikan hiasan yang mudah untuk diternak yang dijual di sekitar kedai ikan hiasan. Senarai di atas adalah antara jenis ikan yang popular untuk rujukan anda, pastikan anda tahu cara untuk menjaga ikan hiasan dengan baik ya. Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top