ikan sepilai

Ikan Sepilai Malaysia

Betul ke ikan sepilai adalah sejenis ikan laga? Ramai yang tidak tahu bahawa ikan sepilai ini adalah sejenis ikan yang berbeza daripada ikan laga. Malah dalam kalangan peminat ikan laga sendiri tidak ramai yang tahu akan hal ini. 

Berbeza seperti ikan laga yang popular seperti ikan laga halfmoon, ikan sepilai adalah sejenis ikan Parosphromenus yang datang daripada keluarga Gourami, rata-rata peminat ikan di Malaysia masih belum mengetahui kewujudan ikan ini dan menganggap ia adalah sejenis ikan laga liar.

Perbezaan Ikan Sepilai Dan Ikan Laga

Ikan sepilai ini mempunyai corak pemakanan dan tumbesaran yang hampir sama seperti ikan laga, contohnya ia memakan haiwan akuatik kecil @ karnivor. Selain itu, ia juga mempunyai proses mengawan yang hampir sama iaitu menghasilkan buih di bawah daun dan ikan jantan yang akan menjaga telur hingga menetas. Persamaan inilah yang menjadikan ia disalah tafsir sebagai jenis ikan laga.

Dari segi perbezaannya pula ikan sepilai ini mempunyai corak badan yang unik berbanding ikan laga. Kesemua ikan sepilai jantan akan mempunyai corak cincin pada bahagian ekornya, selain pada warnanya yang berbelang. Untuk sepilai betina pula ia mempunyai warna yang agak pudar jika dibandingkan dengan sepilai jantan.

Habitat dan Jenis Ikan Sepilai Di Malaysia 

Kredit : Mohd Ilham Norhakim Lokman

Habitat ikan sepilai ini adalah hampir sama sahaja dengan habitat ikan laga, namun ikan sepilai ini dikatakan semakin sedikit dan hampir pupus di Malaysia. Ia boleh didapati di kawasan air tawar seperti kawasan nipah dan kawasan dedaun sungai. Tanda ikan sepilai ada di suatu kawasan adalah apabila terdapat buih yang terapung di sekitar daun dan rumput. 

Tambahan ikan sepilai ini juga mempunyai kadar bertelur yang hampir sama juga dengan ikan laga iaitu sekitar 5 ke 50 biji telur sekali mengawan. Namun tidak semua telur berjaya ditetaskan, ini menyebabkan jenis ikan ini semakin pupus. Berikut adalah beberapa jenis ikan sepilai yang terdapat di Malaysia.

  • Parosphromenus Paludicola (Kelantan dan selatan thailand)
  • Parosphromenus Allani (Sarawak)
  • Parosphromenus Harveyi (Selangor)
  • Parosphromenus Tweediei (Johor)
  • Parosphromenus Nagyi (Pahang)
  • Parosphromenus Alfredi (Johor)
  • Parosphromenus Rubrimontis (Perak)
  • Parosphromenus (Batu pahat)

Pembiak Ikan Jenis Sepilai

Di Malaysia tidak sukar untuk menemui pembiak ikan laga yang berjaya, tetapi agak sukar untuk menemui pembiak ikan sepilai dengan kadar yang besar. Ini mungkin disebabkan tidak ramai pembiak ikan yang tahu akan kewujudan jenis ikan air tawar ini. 

Seekor ikan sepilai mempunyai jangka hayat sekitar 2 ke 4 tahun jika dibela di dalam akuarium dan hanya sekitar satu tahun sahaja jika di habitat semulajadi. Kadar kematian yang tinggi dan kurang pembiakan secara komersal inilah menjadi punca kepada kepupusan ikan jenis sepilai ini. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Akhir Kata

Ikan air tawar jenis Parosphromenus ini adalah sejenis haiwan akuatik yang terdapat di dalam sumber khazanah semulajadi Malaysia. Ikan ini mempunyai nilai kecantikan yang unik dan tersendiri yang boleh dibiak baka untuk menghasilkan kacukan yang lebih baik. Anda sebagai pembiak ikan laga boleh lah mencuba untuk membiak ikan ini agar ia boleh dikomersalkan di pasaran ikan air tawar. Semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top