Makanan Hidup Terbaik Untuk Ikan Laga

7 Makanan Hidup Terbaik Untuk Ikan Laga | Ikan Laga Makan Apa?

Di habitat asal ikan laga kebiasanya mencari makanannya sendiri, namun untuk ikan laga yang dipelihara anda mesti menyediakan makanan proses dalam bentuk palet yang baik dan berkualiti untuk ikan anda. Terdapat banyak pilihan makanan ikan laga yang terdapat di kedai kedai haiwan peliharaan. Namun, pemberian makanan hidup juga wajib kerana ia adalah makanan terbaik untuk ikan laga disebabkan ia berasal dari habitat asal ikan laga itu sendiri dan yang lebih bagusnya dengan menternak makanan hidup ini secara sendirian boleh mengurang kan kos pembelanjaan ikan laga anda.

Dalam artikel ini membincang kan beberapa jenis makanan hidup ikan laga yang sesuai diternak sendiri dan di berikan sebagai makanan kepada ikan laga anda.

Terdapat banyak jenis makanan hidup untuk ikan laga anda, jadi adalah bagus juga untuk menyediakan beberapa jenis makanan hidup sebagai makanan terbaik untuk ikan laga anda.

Daphnia Magna untuk ikan laga

Daphnia Magna ini adalah makanan hidup yang paling biasa diberikan untuk ikan laga. Ia bagus kerana mengandungi kandungan protein dan serat yang tinggi. Jika anda berikan makanan proses, selang selikan dengan pemberian daphnia kerana boleh melancarkan sistem pencernaan ikan laga anda.

Anda boleh dapatkan daphnia di kawasan takungan air yang terbiar, di dalam kolam terbiar contohnya. Yang bagusnya daphnia ini mudah membiak, anda hanya perlu dapatkan stok dari kawasan terbiar atau membelinya, lalu stok tersebut boleh dibiakkan dengan lebih banyak sebagai stok makanan untuk ikan laga anda. Berikan daphnia ini secara berkala bagi mengelakkan ikan anda teralu gemuk

makanan hidup terbaik untuk ikan laga

Larva nyamuk untuk ikan laga

Selain dari daphnia, larva nyamuk juga antara makanan hidup yang bagus untuk ikan laga anda. Berbeza dengan makanan makanan hidup yang lain, larva nyamuk ini sangat sinonim untuk ikan laga kerana sumber inilah yang biasa didapati oleh ikan laga di habitat liar. Larva nyamuk ini boleh diberikan seperti biasa kepada ikan laga anda.

Anda boleh memberi dengan cara sekali beri dan lihat samada larve tersebut dimakan habis atau tidak, jika ikan laga sudah berhenti dari makan larve, boleh berhenti dari memberi lagi. Walaubagaimanapun anda boleh selang selikan pemberian dengan makanan proses juga.

Seperti juga daphnia, larva nyamuk ini juga mudah untuk dibiakkan. Tapi harus diingat kerana larva nyamuk akan bertukar menjadi nyamuk dalam masa beberapa hari sahaja. Jadi sediakan tempat simpan larva nyamuk ini ditempat yang tertutup bagi mengelakkan mengganggu kawasan rumah jika larva menjadi nyamuk nanti.

makanan hidup terbaik untuk ikan laga

Cacing hitam untuk ikan laga

Tidak seperti larva nyamuk, cacing hitam ini tidaklah selalu diberikan kepada ikan laga. Tapi cacing hitam ini sangat sesuai kerana kandungan nutrisinya yang seimbang untuk ikan laga anda. Namun seperti biasa elakkan memberi dengan terlalu banyak kerana akan mengakibat kan ikan laga anda terlebih makan.

makanan hidup terbaik untuk ikan laga

Kutu buah untuk ikan laga

Memberi makan ikan laga dengan kutu buat adalah jarang diamalkan, tetapi ia juga boleh diberikan kepada ikan laga anda. Kebiasaanya kutu buah ini diberikan tanpa sayap agar mudah untuk ikan laga memakannya. Jangan terkejut di luar sana terdapat orang yang membiakkan jenis kutu buah ini untuk dijadikan sebagai stok makanan ikan laga.

makanan hidup terbaik untuk ikan laga

Cacing mikro untuk ikan laga

Cacing mikro ini adalah cacing yang di kultur dan hidup dalam saiz mikro yang kecil, ialah sangat mudah dibiakan dan disimpan. Malah cacing mikro ini juga sesuai dijadikan sebagai makanan anak ikan laga. Kebiasaannya cacing mikro di kulture dari jenis cacing buah pisang dan cacing dari air. jika anda bercadang untuk membiakkan telur ikan laga , cacing mikro adalah antara makanan hidup yang sesuai untuk anda jadikan stok makanan.

makanan hidup terbaik untuk ikan laga

Moina untuk ikan laga

Apa itu moina? Moina adalah dari spesis daphnia, namun ia bersaiz lebih kecil berbanding daphnia. Disebabkan saiz yang kecil, moina bagus diberikan kepada anak ikan laga yang masih kecil. Ini kerana selain saiz yang kecil monia juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, ikan laga adalah ikan karnivor jadi kandungan protein adalah sangat penting dalam pemakanan sejak kecil ikan laga.

Berikan seara berkala, dicadangkan anda berikan anak ikan laga moian yang bersaiz kecil, dan elakkan terlalu beri dalam kadar yang banyak kerana moina mengandungi kandung lemak yang tinggi juga.

makanan hidup terbaik untuk ikan laga

Lain-lain makanan hidup untuk ikan laga

Senarai di atas adalah anatara makanan hidup yang paling sering diberikan kepada ikan laga, jika anda memilih pilihan di atas juga ia sudah cukup untuk ikan laga anda.

Di bawah ini dikongsikan juga beberapa jenis makanan yang boleh dijadikan pilihan jika perlu sahaja.

Haiwan air kecil sebagai makanan ikan laga

Artemia Salina/Brine Shrimp

Untuk mendapatkan starter artemia, anda boleh scroll ke bawah untuk link promo shopee.

Mysis/Opossum Shrimp

Fairy Shrimp

Kesimpulan

Apabila memberi makan ikan laga dengan makanan hidup satu perkara yang sangat perlu dititik beratkan ialah pastikan makanan hidup itu bebas dari parasit dan bakteria. Ini kerana makanan hidup adalah makanan benda hidup yang berisiko membawa parasit atau bakteria dari habitat asal mereka. Seeloknya anda membiakkan sendiri makanana hidup ini kerana kebersihannya lebih terjaga dan selamat. 

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Scroll to Top
Scroll to Top