Ikan laga alien adalah sejenis baka ikan laga yang unik dan cantik, walaupun mempunyai pattern warna yang unik, betta jenis alien ini kurang mendapat tempat di dalam pertandingan ikan laga dan hanya diternak sebagai ikan hiasan di rumah sahaja.
Ikan laga jenis alien ini mempunyai bintik-bintik warna hitam dan putih metalik yang menonjol pada seluruh badan serta ekornya. Betta alien ini terhasil daripada gabungan genetik selama beberapa tahun hinggalah munculkan pattern jenis alien sediada sekarang. Dari segi penjagaan pula ia tidaklah sukar dan sama sahaja seperti ikan laga yang lain.