Table of Contents
Kutu air atau moina adalah antara makanan terbaik untuk ikan laga, malah moina ini juga menjadi makanan semulajadi di habitat asal ikan laga iaitu air tawar. Dalam senarai makanan hidup ikan laga, moina atau lebih dikenali dengan panggilan kutu air ini antara yang paling ramai diberikan kepada ikan laga. Malah moina ini juga sesuai untuk diberikan kepada anak ikan laga yang baru menetas disebabkan saiz yang kecil dan halus.
Antara sebab kenapa ramai yang memilih moina juga adalah disebabkan cara buat kutu air jenis ini lebih murah serta lebih jimat ini kerana moina ini sangat mudah membiak. Bagi yang memelihara ikan laga secara banyak atau membiakkan ikan laga. Moina ini sering dibiakkan sendiri sebagai stok makanan hidup untuk ikan laga. Di dalam artikel kali ini akan menerangkan cara ternak kutu air moina.
Bahan -bahan yang diperlukan
- Bekas yang gelap. Pilih bekas yang gelap dan elakkan memilih bekas yang bewarna putih. Lagi besar dan dalam lagi lebih baik untuk ternak moina.
- Tempat yang terkena cahaya matahari dan terlindung dari hujan. Elakkan daripada terkena air hujan kerana pH air hujan akan mengganggu keadaan moina
- Sumber air yang tiada klorin. Jika ada daun ketapang lebih elok rendam sekali bersama daun ketapang kering
- Starter moina. Boleh dibeli dengan harga beberapa ringgit sahaja. Boleh juga menggunakan moina yang ditangkap sendiri.
- Yis untuk makanan moina. Yis ini digunakan sebagai makanan untuk moina
Langkah-langkah membiak moina
Hari pertama:
- Biakkan moina dahulu, pertama sekali sebelum membiakkan moian adalah membuat makanan terlebih dahulu. Mudah sahaja bancuh sepaket yis ke dalam botol mineral besar, masukkan air separuh botol dan goncang hingga yis kembang dan larut. Biarkan larutan hingga semalam untuk bakteria yis membiak di dalam air.
- Masukkan air lebih kurang 4 ke 5 inci tinggi ke dalam bekas untuk ternak moina, masukkan starter moina ke dalam bekas.
- Masukkan beberapa helai daun ketapang kering, tutup bekas dengan jaring nyamuk untuk mengelakkan nyamuk bertelur.
Hari kedua:
- Jika moina starter anda sihat dan baik, pada hari kedua anda sudah boleh melihat moina akan ada yang sudah membiak sendiri.
- Masukkan bancuhan air yis sebagai makanan untuk mencepatkan lagi pembiakkan.
Hari ketiga:
- Pada hari ketiga dan seterusnya moina akan terus membiak dan membesar.
- Teruskan memberi makan sepaket yis setiap 1 ke 2 hari bergantung kewangan anda.
- Teruskan rutin seperti biasa hingga seminggu usia moina, pada hari ke 7, moina anda telah matang untuk dijadikan makanan kepada ikan laga anda.
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
kredit : Youtube Info Hafiz
Jika anda hendak membiakkan ikan laga elokkan anda menghasil kan stok moina sendiri bagi memudahkan pemberian makan anak ikan laga anda. Namun jika anda menternak ikan laga juga disarankan menternak untuk lebih jimat kos makanan ikan laga anda, anda boleh ternak moina ini secara kecil kecilan sahaja. Selamat mencuba!