Table of Contents
Pengurusan kualiti air di dalam akuarium adalah perkara yang paling penting dalam menternak ikan hiasan di dalam akuairum. Kualiti air ini sangat penting bagi mengelakkan ikan hiasan terdedah dengan bakteria dan fungi yang terhasil dari air di dalam akuarium itu sendiri yang keruh dan kotor. Kualiti air yang bersih ini sangat penting dalam semua jenis ikan-ikan hiasan termasuklah ikan laga, ikan guppy dan lalin-lain. Di dalam artikel ini kongsikan cara-cara menjernihkan air aquarium yang keruh tanpa menggunakan anti klorin.
Terdapat beberapa cara untuk merawat dan menjernihkan air aquarium ini, dengan cara semulajadi boleh menggunakan tumbuhan akuatik atau tumbuhan hidup. Selain itu terdapat juga cara dengan menggunakan tapisan batu-batu untuk mendapatkan air tapis yang jernih. Manakala boleh juga merawat dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti anti-klorin dan garam biru sahaja.
Beberapa cara merawat air akuarium
- Menggunakan tumbuhan hidup dan tumbuhan akuatik
- Menggunakan batu-batu untuk menapis air yang keruh
- Menggunakan bahan seperti anti klorin dan garam biru
Untuk proses rawatan air keruh ini dicadangkan menggunakan kaedah semulajadi menggunakan tumbuhan hidup atau tumbuhan akuatik, ini kerana proses ini adalah sama seperti habitat asal ikan-ikan yang mana airnya dirawat dari tumbuhan.
Jernihkan air akuarium dengan menggunakan daun pandan.
Menjernihkan air akuarium dengan menggunakan tumbuhan adalah kaedah yang paling mudah dan terbaik untuk ikan hiasan. Caranya sangat mudah iaitu dengan mendapatkan pohon pandan yang masih mempunyai akar, rendam sahaja ke dalam akurium dalam seharian boleh dilihat air akan makin cerah dan jernih.
Kredit : Youtube BEE ONE SERVICES
Wangian daun pandan pada akuarium.
Fungsi pokok pandan ini sama seperti tumbuhan akuatik yang lain. Akar pokok pandan ini akan menyerap segala hasil buangan dari ikan, serapan ini akan digunakan sebagai baja untuk pokok pandan itu sendiri. Air akan jernih daun pandan akan hidup dengan sihat. Konsep ini sebenarnya tidak asing dalam akuatik telah digunakan pada skala besar oleh sebahagian peternak, ia dipanggil sistem akuaponik. Akuaponik adalah gabungan nama antara akuatik dan hidroponik, gabungan kedua-dua konsep ini maka wujudlah sistem akuaponik.
Selain itu juga, pandan adalah air pokok yang mempunyai aroma bau yang wangi, jadi apabila menggunakan daun pandan ia akan memberikan aroma yang wangi pada akuarium anda. Sebagai peternak ikan hiasan aroma ini bagus dan sesuai untuk diletakkan di dalam rumah