Table of Contents
Terdapat banyak cara untuk membiakkan kutu air moina dengan sendiri atau secara semulajadi. Biasanya ramai yang menggunakan starter yis yang dibeli atau ditangkap sendiri, dari starter ini digunakan sebagai induk untuk membiakkan induk moina dengan lebih banyak. Cara buat kutu air ini boleh digunakan secara kecil-kecilan sahaja.
Bagi mereka yang ingin menternak moina secara besar besaran, terdapat satu cara buat kutu air yang mana boleh menghasilkan kutu air pada skala yang banyak dan berterusan. Apa yang lebih bagus lagi anda tidak perlu menggunakan starter sebagai induk, ya moina akan membiak secara semulajadi dan berterusan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk cara buat kutu air
- Tahi ayam. Kering atau basah boleh digunakan.
- Bekas yang besar dan tinggi. Untuk menampung moina yang banyak
- Water pump.
Cara cara buat kutu air
Untuk kaedah ini tidaklah sesukar kaedah memberi makan kutu air dengan yis, ini kerana dengan menggunakan tahi ayam ini tidak perlu untuk memberi makan kepada kutu air.
Langkah-langkah
- Masukkan air ke dalam tong besar tadi hingga hampir penuh
- Masukkan najis ayam. Najis ayam ini terlebih dahulu dicampur dengan air terlebih dahulu. Biarkan tahi ayam di dalam air beberapa jam, barulah campur ke dalam tong besar.
- Kacau hingga air najis ayam tadi bercampur sepenuhnya dengan air dalam tong.
- Pasang water pump pada waktu malam bagi membantu menghasilkan oksigen dalam air.
- Pastikan tong berada di kawasan yang terkena matahari. Jika hujan tutup tong bagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam media air moina.
- Dalam 1 minggu pertama air akan menjadi warna hijau disebabkan plakton yang membiak.
- Dalam 2 minggu barulah boleh dilihat kutu air moina akan wujud dan membiak di dalam air tong.
- Jika air kelihatan semakin jernih, tambah lagi campuran air tahi ayam agar media menghasilkan lagi kutu air untuk hari-hari mendatang.
Selepas 2 minggu anda boleh perhatikan kutu air akan terus membiak dalam jumlah yang banyak dan berterusan. Apa yang anda perlu konsisten ialah dengan menambah air campuran tahi ayam sahaja. Selamat mencuba!
Kredit : Youtube Hobi Atok Channel