Table of Contents
Bbs artemia adalah salah satu makanan ikan hiasan yang popular selain kutu air @ moina. Bbs ini digunakan secara meluas untuk dijadikan sebagai makanan hidup ikan hiasan seperti ikan laga, ikan guppy dan lain-lain. Kali ini kami kongsikan bbs artemia terbaik untuk rujukan anda, teruskan membaca.
Apa Itu Artemia?
Artemia adalah sejenis haiwan akuatik yang dikenali sebagai anak udang brine. Kebiasaannya bbs ini dijual dalam bentuk telur yang belum menetas, namun sekarang terdapat juga bbs segera yang mana ia tidak perlu ditetaskan. Anda hanya perlu beri makan kepada ikan hiasan anda sahaja.
Terdapat dua jenis bbs yang boleh diperoleh di pasaran, iaitu dalam bentuk telur belum tetas dan artemia yang sudah menetas. Bbs dalam bentuk telur adalah yang banyak dijual, anda perlu menetaskan bbs ini dahulu sebelum boleh diberikan kepada ikan hiasan.
Kelebihan Bbs Berbanding Kutu Air
Kelebihan utama bbs artemia ini berbanding kutu air adalah ia sedikit halus berbanding kutu air moina. Ukuran yang lebih kecil ini menjadikan ia sesuai diberikan kepada anak fry yang masih kecil. Tambahan, bbs ini juga mempunyai kandungan protein yang tinggi maka ia sesuai untuk ikan laga.
Bbs ini adalah alternatif utama selepas kutu air untuk diberikan kepada fry ikan laga anda. Cuma kekurangan bbs ini adalah ia mempunyai jangka hayat yang cepat, iaitu boleh hidup 2 ke 3 hari sahaja di dalam air tawar.
Jenama Bbs Terbaik
Terdapat beberapa jenis bbs artemia yang boleh dibeli di kedai ikan hiasan atau secara dalam talian di Shopee sahaja. Untuk membeli bbs artemia ini anda mestilah berhati-hati kerana banyak bbs artemia yang dijual dengan harga murah sebenarnya tidak berkualiti. Ini boleh dilihat pada jumlah peratusan telur menetas yang kurang.
Ciri-ciri bbs artemia terbaik
- Kadar peratusan telur menetas tinggi (80% ke 95%)
- Ukuran bbs yang menetas lebih halus @ lebih banyak bbs dalam satu unit.
Oleh yang demikian, disini kami kongsikan antara jenama bbs terbaik yang berbaloi untuk anda beli. Ini boleh dilihat pada jumlah unit terjual dan review dari pembeli-pembeli yang lepas. Antara bbs artemia terbaik adalah:
Aquamaster Artemia Bbs
Bbs Cap Gajah
Bendico Aquatics (Instant Bbs)
Premium Quality Liquid Artemia (Instant Bbs)
Cara Buat Bbs Artemia
Jika anda membeli bbs dalam bentuk telur, anda perlu melakukan proses tetasan terlebih dahulu. Caranya amat mudah, iaitu dengan merendamkan satu sudu telur bbs ke dalam air yang mempunyai aliran oksigen @ pam air akuarium.
Dalam masa 24 jam, telur-telur ini akan mula menetas dan boleh dilihat anak bbs ini mula berenang di dalam air. Anda hanya perlu menapis anak bbs tadi dengan menggunakan sauk halus lalu boleh diberikan kepada ikan laga anda.
Akhir Kata
Bbs ini adalah makanan altenatif terbaik untuk anak fry ikan laga, malah terdapat juga peternak yang hanya menggunakan bbs artemia ini untuk dijadikan makanan utama ikan laga mereka. Yang paling penting adalah pastikan anda membeli stok artemia ini daripada sumber yang dipercayai (link penjual ada di atas) untuk menghasilkan bbs yang berkualiti dan banyak.