Table of Contents
Dalam pembiakan ikan laga terdapat beberapa term yang digunakan untuk merujuk kepada teknik breeding seperti inbreed, line breed dan crossbreed ikan laga. Di dalam artikel kali ini membincangkan maksud setiap term yang digunakan.
Inbreed ikan laga
Inbreed ini bermaksud induk jantan dan betina yang datang dari jalur susur generasi yang sama. Samada semasa generasi atau berlainan generasi selagi induk mempunyai darah hasil dari jalur yang sama ia disebut inbreed.
Kebaikan inbreed ini ialah anak yang terhasil akan mempunyai genetik yang kuat, namun keburukan apabila terlalu banyak inbreed ialah akan kehilangan sebahagian genetik yang bagus, contohnya anak ikan akan cacat, saiz kecil, dan tumbesaran terbantut. Teknik inbreed ini dicadangkan dibuat hingga F5 sahaja bagi mengelakkan genetik bagus induk asal P0 rosak.
Line Breed ikan laga
Teknik line breed ini bermaksud induk dari darah yang sama, tapi jalur susur induk ibu@bapa lain. Atau nak mudah faham induk dari hasil saudara tiri. Bermakna induk yang di kahwin mempunyai darah yang sama tapi dari keluarga yang jauh@tiri. Contoh, jantan A kawin dengan betina B dan betina C. hasil F1 dari betina B dikawinkan pula dengan hasil F1 dari betina C, maka inilah dipanggil line breed.
Crossbreed ikan laga
Crossbreed ini bermaksud induk jantan dan betina yang langsung tiada kaitan salur keturunan dan darah. Teknik ini adalah untuk menghasilkan darah genetik yang baru kacukan dari induk baru.
Kebaikan crossbreed ialah anak ikan akan mempunyai imun yang kuat dan genetik yang lebih bagus disebabkan hasil kacukan.
3 teknik di atas adalah teknik yang biasa digunakan dalam membiak ikan laga, sebab itulah ada sesetengah ikan laga dijual dengan harga yang mahal terutamanya induk betina ada yang boleh mencecah RM400 ke atas seekor. Nilai ini kerana ikan ini datang dari jalur dan darah kacuk yang bagus dan menghasil baka yang baik untuk anak-anak ikan nanti.
Kredit : Youtube Kalawon Betta