Table of Contents
Dalam membiak baka ikan laga ini, pemilihan induk adalah amat penting. Pemilihan induk jantan dan betina yang matang ini akan menentukan kadar persenyawaan telur dan kadar menetas fry. Jangan terkejut jika semasa proses kahwin ikan akan ada induk yang tidak memberi sebarang tanda untuk bertelur dan berkahwin. Keadaan ini mungkin disebabkan induk belum cukup sesuai untuk mengawan.
Di dalam artikel ini membincang kan sekali lagi tanda ikan laga nak mengawan.
Ikan laga jantan buat buih
Tanda utama ikan laga nak mengawan ialah ikan laga jantan akan mula membuat buih. Harus diingat ikan laga jantan ini akan membuat sarang buih apabila tiba usia matang. Jika memilih induk, perhatikan permukaan air bekas adalah terdapat buih-buih? Jika ada tu tanda ikan jantan sudah capai usia untuk mengawan.
Perut ikan laga betina buncit dengan telur
Tanda bagi ikan laga betina pula ialah bahagian perut ikan laga betina kelihatan membuncit. Ini kerana apabila ikan laga betina mencapai usia matang ia akan menghasil kan telur secara semulajadi. Jika ada ingin membiak ikan laga, pastikan memilih induk betina yang mempunyai telur di perutnya. Tanda lain lagi adalah akan ternampak satu bintik di bawah perut ikan laga betina atau disebut sebagai egg spot.
Ikan tidak terlalu agresif
Dalam proses suai kenal induk jantan dan betina, tanda ikan laga nak mengawan boleh dilihat dari segi tingkah laku induk itu sendiri. Jika induk sama-sama memberi respon dan mendekati, itu tanda yang induk bersedia untuk mengawan, terutamanya induk jantan kelihatan seperti ingin membelit induk betina. Namun perhatikan juga induk jantan kadang-kadang tingkah lakunya seperti ingin bertarung dengan induk betina. Jika terlalu agresif, biarkan proses suai kenal sehingga induk jantan tenang.
Induk akan duduk di bawah sarang buih
Selesai sesi suai kenal, boleh campurkan kedua-dua induk. Perhatikan jika induk jantan dan betina bermain di bawah sarang buih, itu tanda ikan laga nak mengawan. Jika ikan laga betina duduk menjauh dari sarang buih tanda proses membiak itu gagal. Ikan laga betina hanya akan menjauhi sarang buih setelah proses mengawan selesai. Pada ketika itu ikan laga jantan akan menjaga telur hingga menetas.
4 point di atas adalah point secara ringkas dalam mengenal pasti tanda ikan laga nak mengawan. Cara membiak ikan laga ini mudah untuk dipelajari yang penting adalah rajin dan tidak putus asa. Selamat mencuba!
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r