cara membiak ikan laga

5 Kesalahan Dalam Membiak Telur Ikan Laga | Cara Membiak Ikan Laga

Walaupun cara membiak ikan laga dan telur ikan laga mudah dilakukan namun masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh peternak terutamanya peternak yang masih baru. Seperti mana spesies ikan-ikan lain, ikan laga juga mempunyai krateria-krateria yang perlu dilihat dalam cara membiak ikan laga. Ramai peternak baru yang masih terlepas pandang akan hal-hal penting dalam pembiakan ini. Antara persoalan yang berlaku selepas proses pembiakan ialah:

  1. Induk ikan laga mati selepas bertelur
  2. Telur ikan laga sedikit yang menetas
  3. Anak ikan laga terbantut, tidak membesar dengan baik dan sihat

Situasi di atas adalah antara situasi yang sering berlaku bagi peternak yang masih baru. Malah sedar atau tidak ianya semua berpunca daripada beberapa kesilapan yang dilakukan semasa proses pembiakan lagi.

Di dalam artikel ini membincangkan 5 kesalahan dalam membiak ikan laga

Ibu tak cukup umur

Dalam cara membiak ikan laga pemilihan induk ikan laga jantan dan betina yang matang adalah sangat penting. Ini kerana induk betina yang belum matang akan menghasil kan telur ikan laga yang kurang berbanding induk yang telah matang. Selain itu juga induk betina yang mengeluarkan telur pada usia yang terlalu matang akan menghasilkan genetik keturunan yang kurang daya tahan sakit dan tak cukup besar. Seeloknya induk betina dipilih apabila usianya 3 bulan dan ke atas, paling terbaik ialah pada usia 5 bulan untuk menghasil kan benih yang terbaik.

5 kesalahan dalam membiak ikan laga | Cara Membiak Ikan Laga

Anak ikan baru menetas tidak diberi makan (moina, dapnia, artemia)

Seperti perkongsian dalam artikel sebelum ini, salah satu kesalahan utama dalam cara membiak ikan laga ialah tidak menyediakan makanan untuk telur ikan laga yang baru menetas. Harus diingat bahawa anak ikan yang baru menetas hendaklah memberi makan pada hari kedua dan ketiga selepas menetas. Anda tidak boleh samakan seperti kehidupan asal ikan laga yang mana anak ikan membesar dengan sendiri, di habitat asal terdapat pelbagai microorganisma semulajadi yang boleh dimakan oleh anak ikan yang baru menetas. Anak ikan yang dibela wajib diberi makan, ikan laga tidak akan membesar dan hidup jika tidak diberi makan dengan cukup.

Makanan terbaik untuk anak ikan yang baru menetas ialah kutu air (moina atau dapnia) boleh juga memberi makan artemia, namun kekurangan artemia adalah hanya akan hidup selama 2 hari sahaja selepas menetas, kerana artemia ini habitat dari air laut makan jangka hayat di dalam air masin tidak lama berbanding kutu air yang habitat air tawar.

Keluasan tempat ikan menetas

Ini juga kesalahan yang sering dilakukan dimana anak ikan laga dibiakkan di tempat yang sempat. Harus diingat bahawa ikan laga ini seperti ikan lain yang akan stress apabila berada dalam keadaan yang tak selesa. telur ikan laga ini akan mengalami stress disebabkan tempat pembiakan yang sempit, ditambah pula anak ikan laga ini akan membesar jika tidak disediakan tempat yang baik makan ikan laga akan membesar dengan stress. 

Cara membiak ikan laga yang betul adalah apabila anak ikan laga yang mencapai umur 2 bulan ke atas sudah boleh diasingkan dari yang lain. Seeloknya asing kan dan buat penghadang antara satu sama yang lain untuk mengelakkan ikan laga bertarung.

telur ikan laga
telur ikan laga

Elakkan gangguan anak ikan dan induk jantan

Selepas proses senyawa induk jantan dan betina, telur – telur ikan laga ini akan dijaga oleh induk jantan dari menetas hingga ke beberapa hari sampai anak ikan tahu berenang dan memakan makanan dengan sendiri. Namun dalam waktu ini elakkan selalu menengok ikan laga anda, kerana jika induk jantan berasa stress induk jantan akan memakan anak ikan laga sendiri. Ini adalah cara membiak ikan laga yang silap dan akibatnya anak ikan yang ditetas kelihatan kurang atau sedikit dari sebelumnya.

Letak induk jantan dan anaknya ditempat yang asing dari orang ramai, tutup bekas dan hanya lihat dan buka penutup ketika ingin memberi makan sahaja. Elakkan banyak gangguan pada induk jantan yang menjaga anak ikan yang menetas.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

kredit : Youtube betta ustaz

Kesimpulan

Ikan laga adalah spesies ikan air tawar yang mudah untuk dibiakkan, namun dalam cara membiak ikan laga juga harus menitik beratkan beberapa kriteria yang penting agar telur ikan laga boleh hidup dengan baik dan sihat. Semoga bermanfaat.

Scroll to Top
Scroll to Top