Table of Contents
Apa itu ikan laga fancy? Bagi anda peminat ikan laga yang suka akan variasi warna pada badan ikan laga pastinya sinonim dengan ikan laga jenis fancy. Ikan laga yang mempunyai lebih dari satu jenis warna ini kian mendapat tempat dalam kalangan pembiak ikan laga di asia dan Malaysia khususnya.
Ini terbukti dengan terjualnya banyak induk betta fancy di pasaran tempatan, malah breeder di Malaysia juga banyak yang mulai membiak baka fancy ini untuk menghasilkan line baka yang stabil untuk dijual di dalam dan luar negara.
Ciri-ciri Ikan Laga Fancy
Ikan laga fancy ini adalah daripada baka jenis mustard gas yang dibiak baka sehingga menghasilkan beberapa jenis baka yang mempunyai variasi warna di badan dan ekornya. Berikut adalah beberapa ciri-ciri betta fancy:
- Warna based yang solid (merah, orange, dan kuning) dan tiada marble.
- Mempunyai gabungan dua jenis warna pada lapisan irisdescent. Cth. putih/biru dan putih/copper
- Gabungan warna pada lapisan iridescent ini mestilah dalam bentuk marble atau grizzle.
Ciri-ciri ini akan kelihatan sama seperti jenis ikan laga hellboy kecuali hellboy ini mempunyai satu warna sahaja pada lapisan iridescent.
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
Nak lebih banyak artikel mengenai jenis ikan laga? boleh terus ke slot seterusnya ikan laga dumbo