Table of Contents
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat daun yang boleh diberikan kepada ikan laga selain daripada daun ketapang. Daun-daun ini adalah salah satu sifat semulajadi alam yang mana berfungsi untuk merawat air untuk ikan hiasan atau ikan air tawar. Di sini kami kongsikan beberapa daun untuk ikan laga anda, baca hingga habis ya..
Tidak dinafikan kebaikan air rendaman daun-daun ini sangat baik untuk tumbesaran ikan laga atau ikan hiasan khasnya. Tambahan penggunaan daun ini adalah bersifat semulajadi tanpa campuran bahan-bahan kimia yang tidak sesuai untuk haiwan akuatik.
Antara kebaikannya adalah:
- Meneutralkan pH air
- Sumber makanan micro di dalam air
- Bertindak sebagai antibakteri dan antifungi
- Merawat luka pada luaran ikan
4 Jenis Daun Untuk Ikan Laga
Berikut kami kongsikan beberapa jenis daun yang boleh dijadikan air rendaman kepada ikan hiasan air tawar anda. Anda boleh menggunakan salah satu daripada senarai daun untuk air ikan di bawah ini.
Daun Ketapang Kering
Bagi peminat ikan laga, daun ketapang tidak asing lagi dalam dunia ternakan ikan hiasan ini. Boleh dikatakan ramai yang menggunakan daun ketapang ini untuk merawat air ikan laga mereka. Ditambah pula di Malaysia pokok ketapang ini amat mudah untuk dicari dan ia juga dijual dengan harga yang murah sahaja di Shopee.
Bagi mereka yang mempunyai bekalan daun ketapang kering, anda boleh sahaja membuat sendiri pati ketapang ini. Namun bagi anda yang tidak mempunyai bekalan ketapang dan masa yang terhad, boleh sahaja membeli pati ketapang di Shopee dengan harga yang murah sahaja.
**Skoll ke bawah untuk Link Promo Shopee
Daun Pisang Kering
Jika tiada daun ketapang, daun pisang kering juga boleh digunakan untuk direndam ke dalam air ikan hiasan. Salah satu kelebihan utama daun pisang ini adalah ia sangat bagus dalam menghasilkan infusoria, iaitu makanan mikro semulajadi ikan air tawar.
**Tips, untuk menghasilkan infusoria semulajadi menggunakan daun ini, kaedah terbaik adalah dengan menggunakan ketapang kering @ daun pisang kering @ daun kelapa kering kedalam air yang tiada klorin, biarkan di tempat redup selama seminggu maka wujudlah infusoria secara semulajadi.
Daun Mahang Kering
Daun mahang juga boleh dijadikan pengganti untuk menghasilkan air rendaman ikan hiasan anda. Daun mahang juga turut mempunyai kebaikan sama seperti daun ketapang, namun kekurangan utama daun mahang ini adalah ia agak sukar ditemui berbanding pokok ketapang dan pokok pisang.
Ada juga yang mengatakan daun mahang ini lebih tahan lama berbanding daun ketapang apabila direndam dalam air.
Daun Pandan
Selain kegunaan di dapur, pokok pandan juga boleh digunakan sebagai pokok untuk membersihkan air akuarium ikan laga anda. Keunikan pokok pandan ini adalah ia akan memberikan aroma pandan yang wangi kepada air akuarium anda. Ini menjadikan rumah anda turut wangi dengan wangian semulajadi pandan.
Untuk menggunakan daun pandan ini tidaklah sukar, yang paling penting anda perlu rendamkan pokok pandan yang telah dibersihkan ini sekali akarnya ke dalam air ikan akuarium anda. Bersihan sekali minggu, air ikan laga akan kekal jernih dan wangi.
Boleh tekan link Promo Shopee di bawah:
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
Akhir Kata
Secara keseluruhannya, banyak lagi daun pokok yang boleh dijadikan air rendaman untuk ikan hiasan air tawar ini. Daun yang terbaik pastinya datang daripada jenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan air tawar seperti ketapang dan daun pokok kelapa juga boleh digunakan sebagai alternatif. Anda juga mungkin meminati artikel Daun Untuk Ikan Laga.
**Pastikan anda tidak meletakan ikan laga ke dalam air rendaman daun yang terlalu pekat kerana boleh menyebabkan kesan sampingan @ ikan mati