Table of Contents
Tanda ikan laga stress macam mana ye? inilah persoalan yang biasa dihadapi oleh peternak yang masih baru. Seperti sedia maklum ikan laga adalah ikan air tawar yang tahan lasak dan mudah untuk dibela. Tidak seperti ikan-ikan hiasan air masin yang sangat leceh dan sukar untuk diternak. Namun ikan laga juga tidak terlepas dari situasi mengalami tanda – tanda stress. Sebagai peternak ikan laga harus tahu untuk mengenal pasti tanda ikan laga stress untuk rawatan selanjutnya. Antara tanda-tanda stress adalah seperti berikut.
Ikan laga akan mengasingkan diri dari kelompok.
Antara tanda ikan laga stress yang boleh dilihat ialah ikan laga kelihatan menyorok dan mengasingkan diri dari kelompok ikan lain. Hal ini boleh berlaku apabila ikan yang stress akan kurang bermaya, apabila kurang bermaya ikan-ikan lain akan bertindak agresif terhadap ikan yang stress. Jadi ikan-ikan laga yang sakit ini akan mengasingkan diri untuk tujuan menyelamatkan diri menjadi mangsa.
Rawat segera ikan laga tersebut dengan menyediakan akuarium asing dari ikan-ikan lain. berikan air rawatan daun ketapang dan garam biru sebagai ubat semulajadi ikan laga. Pasang water pump bagi mengalirkan bekalan oksigen dalam air akuarium untuk ikan laga stress tadi.
Ikan laga terapung dan tercuangap
Antara tanda ikan laga stress yang ketara juga adalah apabila ikan laga akan mengalami kekurangan oksigen. Apabila ikan laga kurang mendapat oksigen, ia akan pergi di permukaan air dan kelihatan mulutnya akan tercungap-cungap. Simptom ini juga boleh disebabkan organ dalaman ikan laga itu sendiri yang bermasalah.
Untuk mengatasi masalah ini anda harus mengasingkan ikan laga yang tercungap ini ke dalam akuarium khas. Letakkan water pump untuk memberikan aliran oksigen yang cukup pada ikan laga ini, selain itu jangan lupa masukkan air ketapang atau pati ketapang sebagai ubat semulajadi ikan laga.
Ikan akan cedera.
Ikan yang stress biasanya akan menjadi lemah dan lesu. Ditambah pula ikan laga yang mempunyai sifat agresif maka ikan laga stress ini akan menjadi mangsa bagi ikan-ikan sihat. selain itu boleh dilihat ekor ikan laga yang sakit ini akan terkoyak dan tidak cantik seperti asal, ini disebabkan ikan laga yang sihat akan mengigit ekor ikan yang sakit tadi hingga terkoyak. Oleh itu asingkan ikan yang stress ini ke dalam akuarium rawat ikan sakit.
Makanan tidak habis
Salah satu tanda ikan laga stress yang biasa apabila ikan laga tidak lalu makan. Ini boleh dilihat apabila makanan ikan laga yang diberikan kepada ikan tidak habis dan air cepat kotor. Itu tanda bahawa makanan yang diberikan tidak dimakan habis. Asingkan segera ikan laga yang mengalami simptom ini.
Setelah asingkan ikan laga yang sakit ini, pastikan anda membuat pemerhatian berkala agar air tidak mudah tercemar. Ini disebabkan ikan yang stress akan kurang selera makan dan akibatkanya air akuarium cepat tercemar. oleh itu, untuk memberi kana ikan laga yang stress ini anda wajib memberi secara sikit demi sedikit mengikut selera ikan itu sendiri.
Warna pudar dan kurus
Untuk ikan laga, tanda ikan laga stress juga boleh dilihat apabila warna pada badan ikan semakin pudar dan layu. Ini kerana ikan laga yang sihat akan mempunyai warna yang cerah dan menyerlah. Jika anda perasan terdapat perubahan warna pada ikan yang ketara, asingkan segera untuk rawatan.
Ikan lesu dan tidak cergas
Seperti juga manusia apabila stress ikan laga ini akan berkelakuan lesu dan kurang bermaya. Perilaku ikan ini boleh dilihat berada di dasar akuarium. Apabila menyedari terdapat ikan laga yang kelihatan lesu dan tidak aktif, langkah awal perlu dilakukan dengan mengasingkan ikan laga tersebut ke dalam tangki/akuarium yang kuarantin. Pastikan anda menyediakan air rawatan ikan laga iaitu campuran garam biru dan pati ketapang untuk memberi rasa lega pada ikan yang lesu.
langkah ini bertujuan untuk merawat ikan laga itu sendiri selain untuk mengelakkan sebarang penyakit berjangkit merebak ke ikan-ikan lain di dalam satu akuarium.
Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:
Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj
Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9
Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r
Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r
Akhir kata
Sebagai penternak ikan laga sepatutnya tahu cara untuk memerhati tanda ikan laga stress ini untuk menjalani rawatan selanjunyta. secara ringkasnya ikan laga yang mempunyai tanda-tanda stress ini mesti diasingkan ke akuarium khas untuk rawatan secara berkala. selain itu, dengan mengasingkan ikan laga stress ini boleh mengurangkan risiko berlakunya jangkitan penyakit pada ikan-ikan lain di dalam akurium. Semoga bermanfaat!