Anti Klorin Untuk Ikan Laga

Anti Klorin Untuk Ikan Laga Murah & Berkualiti

Terdapat banyak anti klorin untuk ikan laga yang ada di pasaran masa kini, namun tahukah apa yang dimaksudkan dengan anti klorin? Perlu ke letak anti klorin? Apakah manfaat yang diperoleh dengan meletak anti klorin di dalam air kolam ikan laga anda? Di dalam slot ini kami kongsikan semuanya info berkenaan anti klorin untuk air ikan hiasan anda.

Apa Itu Anti Klorin

Sedar atau tidak, ramai peternak ikan hiasan yang tidak tahu apa itu anti klorin, anti klorin adalah sejenis cecair terapi untuk kolam air tawar. Penggunaan anti klorin ini menjadi rutin disebabkan ramai peternak yang mengambil sumber air paip biasa untuk ternakan ikan hiasan. 

Air paip ini mengandungi bahan kimia klorin yang tidak sesuai untuk ikan hiasan seperti ikan laga dan lain-lain. Maka anti klorin ini digunakan untuk menetralkan kandungan klorin tadi hingga sesuai digunakan untuk ikan hiasan.   

Kebaikan Anti Klorin

Kebaikan utama anti klorin adalah untuk membaiki kualiti air dengan membuang semua kandungan toksik dalam air. Penggunaan cecair anti klorin ini adalah yang paling mudah dan murah untuk orang awam. Ia juga tidak memberi kesan sampingan kepada ikan dan pokok hiasan dalam air di dalam akuarium.

Kesan Klorin Kepada Ikan Hiasan

Jika air ikan hiasan yang digunakan tidak dirawat terlebih dahulu, ikan anda berisiko untuk mengalami kerosakan pada organ insang dan kulit. Ini disebabkan klorin ini akan menghakis dan merosakkan sel pada organ ikan tadi akibatnya ikan akan luka dan terdedah kepada banyak jenis penyakit.

Anti Klorin Murah & Berkualiti

Untuk mendapatkan anti klorin tidaklah sukar, terdapat banyak jenis anti klorin yang dijual dengan harga yang murah sahaja. Disini kami kongsikan beberapa jenis anti klorin di Shopee yang murah tapi berkualiti.

Ini berdasarkan jumlah pembelian dan rating yang diterima oleh penjual di shopee ini sangat baik dan menyakinkan. Anda boleh menekan butang promo Shopee di bawah untuk terus ke laman penjual.

Aquarium Anti Chlorine Anti Parasite

Aquadine Anti Chlorine 200ml

Tension Gon Anti Klorin

Anti Klorin Untuk Ikan Laga

Akhir Kata

Ternyata penggunaan anti klorin ini mesti di dalam peternakan ikan hiasan air tawar ini memandangkan ramai yang menggunakan air paip sebagai sumber utama air akuarium. Ikan yang hidup di dalam air klorin akan berisiko untuk sakit dan terkena penyakit berjangkit disebabkan kesan sampingan klorin itu sendiri. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top