Ciri-ciri Ikan Laga Sakit | Cara Kuarantin Ikan Laga Yang Sakit

Sebut sahaja tentang penyakit pada ikan, ikan hiasan juga tidak terlepas daripada mengalami jangkitan penyakit-penyakit daripada bakteria atau parasit. Sebagai peternak ikan hiasan haruslah mempunyai pengetahuan dalam mencegah penyakit ini dari awal. Ikan laga kebiasaannya memang terkenal kerana sifat semujadi yang mudah dibesarkan dan tahan lasak, namun Ikan laga juga tidak terlepas daripada mengalami penyakit, malah jika dibiarkan boleh mengakibat kan kematian pada ikan laga.

Di dalam artikel kali ini membincangkan ciri-ciri ikan laga sakit sebagai panduan untuk peternak atau pemilik ikan laga.

Apa ciri-ciri ikan laga sakit yang boleh diperhatikan?

Seperti juga haiwan-haiwan ternakan yang lain ikan laga akan menunjukkan beberapa tanda-tanda mengalami kesakitan atau penyakit. Tanda-tanda inilah yang memberi penanda kepada pemilik untuk melakukan tindakan pencegahan. 

Antara ciri-ciri ikan laga sakit

  1. Kurang bergerak dan kelihatan lemah
  2. Kurang selera makan, boleh dilihat apabila makanan yang diberikan tidak habis seperti biasa
  3. Kelihatan gelisah dengan berada di kawasan deco akuarium
  4. Badan terbalik dan berada terapung di permukaan air

Ciri-ciri pada tubuh

  1. Sisik kelihatan terkeluar seperti duri
  2. Terdapat tompok-tompok putih
  3. Warna badan dan ekor kelihatan pudar dari biasa
  4. Hujung ekor eklihatan layu dan mereput 
  5. Bahagian bawah perut membesar dan membulat
  6. Mata menonjol keluar
  7. Terdapat seperti cacing melekat pada badan ikan

Jika ikan laga anda mempunyai ciri ikan laga sakit seperti di atas, anda disarankan untuk mengasingkan ikan yang tersebut untuk kuarantin. Untuk mengasingkan anda perlu beberapa peralatan seperti di bawah.

Peralatan untuk kuarantin ikan sakit/berpenyakit

  1. Akuarium khas untuk seekor ikan sahaja
  2. Water pump dan tiub
  3. Garam biru untuk ikan

Untuk sediakan amatlah mudah, masukkan air ke dalam akuarium, ambil secubit garam biru dan gaul hingga sebati dengan air, kemudian pasang water pump untuk memberi lebih oksigen pada ikan laga yang sakit.

kredit youtube: BEE ONE SERVICES

Penyakit penyakit ikan laga yang anda harus tahu

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan penyakit ikan beserta gambar, boleh lihat artikel jenis-penyakit-ikan-laga-gambar-rawatan-untuk-ikan-laga untuk penerangan yang lebih jelas.

Dropsy

Akibat jangkitan bakteria yang merebak melalui makanan hidup atau air yang kotor. Menyebabkan paru-paru ikan gagal berfungsi. Penyakit ini biasa menyerang ikan laga dan kadar kematian adalah tinggi.

Ciri-ciri ikan laga terkena dropsy

  1. Sisik badan kelihatan terkeluar dan nampak berduri
  2. Bahagian perut kelihatan membesar dan membulat

Rawatan 

  1. Tukar air secara berkala, 
  2. Berhenti dari memberi makanan yang hidup kepada ikan yang sakit

Velvet 

Berpunca daripada parasit yang berjangkit pada ikan

Ciri-ciri ikan laga terkena velvet

  1. Ikan laga kelihatan lesu dan kurang bergerak
  2. Mengesel badan pada akuarium dan deko akuarium disebabkan kulit yang dipenuhi parasit
  3. Kurang selera makan

Rawatan

  1. Tukar air secara berkala
  2. Letakkan garam biru untuk membunuh parasit pada badan ikan, 
  3. Elakkan terdedah kepada cahaya,
  4. Rendam daun ketapang kering di dalam air

ICK  

Disebabkan jangkitan parasit

Ciri-ciri ikan laga terkena ICK

  1. Terdapat bintik-bintik putih pada badan ikan laga
  2. Kurang selera makan
  3. Kelihatan lesu dan warna pudar

Rawatan

  1. Gunakan air yang direndam garam biru
  2. Rendam daun ketapang kering
  3. Tukar air secara berkala

Popeye

Berpunca daripada bakteria

Ciri-ciri ikan laga terkena popeye

  1. Mata kelihatan tertonjol keluar
  2. Kurang selera makan

Rawatan

  1. Salin air secara berkala
  2. Rendam daun ketapang kering

Masalah pundi berenang @swim bladder disorder

Berpunca daripada makanan yang berlebihan pada ikan laga

Ciri-ciri ikan laga yang terkena swim bladder disorder

  1. Berenang secara terbalik dan terapung di permukaan air

Rawatan

  1. Ikan laga boleh sembuh dengan sendiri
  2. Kawal pemberian makanan pada ikan laga anda

Kesimpulan

Boleh diperhatikan point-point di atas ini terdapat 2 bahan utama dalam mencegah dan merawat ikan laga atau mana-mana ikan hiasan yang sakit. Iaitu daun ketapang dan garam biru. Di cadangkan bagi peternak ikan laga untuk mempunyai stok daun ketapang dan garam biru ini kerana kedua-dua bahan ini sangat bagus untuk merawat air ikan. 

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Bagi yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan 2 bahan ini, jangan risau kerana anda boleh sahaja dapatkan di shopee yang dijual dengan harga yang murah. Selamat mencuba.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version