Cara Buat Air Ikan Laga | Air Untuk Ikan Laga

Memelihara ikan laga tidaklah sukar, boleh dikatakan proses menyediakan persiapan untuk memelihara ikan laga itu sama seperti ikan-ikan hiasan lain sahaja. Terdapat cara untuk memastikan ikan laga ini hidup dan boleh adaptasi dengan baik di kawasan persekitaran yang baru. Di dalam artikel kali ini membincangkan cara-cara buat air ikan laga untuk ikan laga yang baru dibeli

Proses yang akan kami sediakan ini adalah bermula dari anda membeli ikan laga di kedai hinggalah menyediakan air baru di rumah anda.

Barang-barang yang perlu disediakan:

  1. Tangki atau akuarium
  2. Garam ikan/garam biru
  3. Daun ketapang kering
  4. Air (boleh gunakan air paip atau air hujan)

Sediakan dahulu tangki ikan anda, tangki atau akuairum anda hendaklah berada bersesuaian dengan jumlah ikan yang anda nak letak. Jika anda gemar untuk meletakkan deko atau perhiasan ikan maka anda harus sediakan akuarium yang lebih besar dan luas.

Proses ini bermula dengan menyediakan dahulu air ikan laga sebelum ikan laga baru sampai untuk dimasukkan. Seeloknya sediakan satu tong atau satu baldi yang khas untuk menyimpan air ikan laga ini, agar mudah nanti untuk menukar air anda tidak perlu untuk membuat air ikan ini banyak kali.

Dapatkan sebaldi air paip, anda boleh gunakan air kerajaan yang berklorin kerana air ini akan kita rawat dengan garam dan air daun ketapang. Masukkan sesudu nipis garam biru, jangan terlalu banyak, anggaran ini untuk sebaldi air sahaja atau anda boleh rujuk di arahan paket garam biru.

Kemudian masukkan daun ketapang untuk ikan laga ke dalam baldi tadi, biarkan rendaman selama sehari untuk memastikan zat-zat daun ketapang mencampur dengan air ikan. Lagi lama rendaman daun ketapang ini lagi baik kualiti air ikan laga ini. Kacau campuran garam dan daun ketapang tadi dan tutup baldi tadi bagi mengelakkan campuran bendasing atau nyamuk membiak. Biarkan rendaman itu dan boleh guna dari semasa ke semasa. Selepas campuran tadi, digalakkan untuk mengalirkan udara ke dalam baldi tapi. Ini bagi memastikan air berapa dalam keadaan oksigen yang mencukupi.

Kebaikkan air peram garam biaru dan daun kering ketapang

  1. Ikan akan lebih sihat/tidak stress
  2. Warna badan ikan laga akan lebih menyerlah dan sihat
  3. Ikan laga sukar untuk sakit kerana air yang berkualiti dan sihat

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

kredit youtube: BEE ONE SERVICES

Apabila ikan sampai, elakkan campuran terus ikan laga ke air baru, ini kerana akan mengakibat kan ikan laga mengalami kejutan dengan air yang baru. Seeloknya rendam dahulu plastik ikan laga beserta air ke dalam akuarium yang mempunyai air baru. Biarkan air serasi dan barulah masukkan ikan laga tadi.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version