Jenis Ikan Laga Paling Mahal (Gambar) | Jenis Ekor Ikan Laga RM7000!

Terdapat lebih beratus jenis ikan laga yang terdapat di pasaran sekarang, ada yang jenis ditangkap dari habitat asal dan ada pula baka yang sudah dikacukkan untuk menghasilkan lebih banyak variasi warna dan jenis ekor ikan laga. Di dalam artikel kali ini membincang kan jenis ikan laga paling mahal serta gambar ikan laga yang terdapat di pasaran. ikan-ikan laga ini bukan sahaja cantik tapi ia juga adalah ikan laga paling mahal di dunia dengan mempunyai corak dan warna ekor yang cantik.

Jenis ikan laga paling mahal di dunia

Double tail betta (DT)

Ikan laga jenis double tail betta ini mempunyai ekor yang terbelah dua. Ia boleh datang dalam bentuk halfmoon, crowntail, veiltail dan giant.

Betta halfmoon

Ikan laga jenis ini boleh dilihat di bahagian ekornya yang berbentuk separauh bulan benuh. Untuk lebih jelas halfmoon ini mempunyai ekor yang berbentuk 180 darjah

Betta crowntail

Apa yang paling ketara pada ikan laga jenis ini ialah bahagian ekornya yang kelihatan seperti berduri-duri. Bagi kebanyakkan orang melayu memanggilnya dengan nama ikan laga matahari disebabkan ekornya seperti pancaran sinaran cahaya matahari.

Veiltail betta

Apa yang membezakan ikan laga ini ialah ekornya yang memanjang dan kelihatan seperti langsir rumah. Ikan laga jenis ini mudah dikenal kerana ekornya lain berbanding ikan laga jenis lain.

Super delta

Mempunyai ekor yang membulat seperti huruf D, ekornya lebih sekurang sama seperti halfmoon tapi kurang 180 darjah. Kebanyakkan jenis ini mempunyai warna yang berbeza.

Halfmoon plakat

Ikan jenis ini mempunyai ciri-ciri sama seperti ikan plakat kecuali ekornya yang berbentuk halfmoon.

Betta rosetail halfmoon

Sesuai dengan nama yang diberi, ekor ikan laga ini kelihatan mengerbang seperti bunga rose.

Betta big ear (dumbo)

Ikan laga ini mempunyai sirip yang besar dan panjang di kiri dan kanan. Kebanyakkan jenis ini bersirip putih dan berbentuk halfmoon

Juara ikan laga paling mahal bernilai lebih RM7000

Seekor ikan laga tempatan telah menjuarai pertandingan Terengganu Betta Monsoon Cup Vol 3 mengalahkan lebih 2000 ekor ikan laga lain dari dalam dan luar negara dan dinobatkan sebagai ikan laga paling mahal. Yang menariknya berdasarkan krateria yang ditetapkan Ikan laga ini dianggarkan bernilai lebih dari RM7000!

Menurut sumber ikan laga paling mahal ini adalah kacukan antara ikan laga avatar dan ikan laga koi berumur 4 bulan. Menurut pemilik ikan laga tersebut pertandingan ini adalah yang terbesar yang pernah disertai kerana melibatkan pembabitan negara luar seperti thailand, indonesia, dan singapore. 

Tambahan, Terengganu Betta Monsoon Cup Vol 3 yang diadakan dengan kerjasama Muzium Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, dan Jabatan Perikanan Terengganu mencipta rekod baru dengan penyertaan lebih dari 2000 ekor ikan dalam dan luar negara.

Anda mencari ubatan ikan laga? boleh tekan link promo shopee di bawah:

Ubatan ikan laga : https://shp.ee/87k75kj

Garam biru : https://shp.ee/ybn74r9

Daun ketapang : https://shp.ee/sshaz6r

Artemia : https://shp.ee/xh6hi3r

 

Kredit Youtube Sinar Harian

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version